FAN CLUB
NEWS
Kelab penyokong
UPB-MyTeam hangat
SENTUHAN kelab gabungan
UPB/MyTeam FC yang hampir mencecah
usia setahun jagung ditubuhkan nampaknya
semakin memuncak dengan penubuhan
kelab penyokongnya sendiri yang
memberikan semangat baru untuk saingan
musim ini.
Baru sehari dilancarkan,
kelab itu mendapat sambutan hangat
apabila berjaya menarik 800 keahlian
baru yang kebanyakan terdiri daripada
pelajar Institusi Pengajian Tinggi
(IPTA) serta golongan remaja di
sekitar Kuala Lumpur.
Kelab penyokong yang
diberi jolokan `Hardcore My Team
Fans Club' bakal mencatatkan sejarah
baru sukan bola sepak tanahair yang
sebelum ini dibelenggu kemerosotan
prestasi di peringkat antarabangsa.
Presidennya, Khairy
Jamaluddin, berkata penubuhan kelab
itu bertujuan memberi sokongan kepada
pasukannya yang kini beraksi dalam
Liga Perdana selain merancakkan
saingan bola sepak di negara ini.
Beliau berkata, pihak
pengurusan mempunyai pelbagai perancangan
kepada ahli penyokong kelab dalam
usaha membantu menaikkan martabat
pasukan itu untuk menerajui takhta
Liga Perdana, musim ini.
"MyTeam ditubuhkan
kerana suatu ketika dahulu sukan
bola sepak tanah air mengalami kejatuhan
teruk terutamanya di peringkat antarabangsa.
Kita berusaha mencari bakat baru
mengembalikan zaman kegemilangannya,"
katanya.
Dalam pada itu, kelab
UPB/MyTeam dengan kerjasama Bursa
Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan
berbentuk amal untuk mengutip derma
bagi membantu mangsa banjir di Johor
baru-baru ini.
UPB/MyTeam yang
diwakili Khairy Jamaluddin, jurulatihnya,
Bojan Hodak, Ketua Pegawai Eksekutif
Air Asia, Datuk Tony Fernandes,
Hamidin Mohd Amin, Ismail Ibrahim
dan Seelan Paul manakala Bursa Bulls
pula terdiri daripada bekas pemain
kebangsaan antaranya, Dollah Salleh,
Mat Zan Mat Aris, K Rajagopal dan
Azlisham Ibrahim.
Back
to news