JANUARY NEWS
 |
KETIADAAN lima tonggak utama UPB MyTeam yang beraksi bersama skuad
kebangsaan ternyata menjejaskan persiapan pasukan itu dalam mengekalkan kedudukan terbaik di persada Liga Perdana musim ini.
Menyedari perkara itu pihak pengurusan pasukan membuat permohonan bertulis kepada |
Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya
menunda perlawanan keempat bertemu
Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam,
esok.
Menyedari masalah
dihadapi skuad gabungan pemain kelab
UPB dan bakat bola sepak yang dicungkil
menerusi program realiti televisyen,
MyTeam tahun lalu, mendorong FAM
menunda perlawanan itu kepada 6
Mac depan.
Presiden dan pengurus
UPB-MyTeam, Khairy Jamaluddin (gambar)
menyuarakan perasaan lega apabila
rayuannya berhubung masalah ketiadaan
tonggak utama skuad itu difahami
badan induk persatuan sukan bola
sepak negara yang lantas meluluskan
penangguhan perlawanan itu.
Katanya, sebelum ini
skuad itu, tidak dapat menurunkan
ketua pasukan, Kaironnisam Sahabuddin
dan penyerang berpengalaman, Nizarudin
Yusof yang beraksi bersama skuad
senior kebangsaan dalam saingan
Piala AFF di Bangkok ketika ini.
Selain itu,
mereka juga kehilangan khidmat tiga
pemain muda serta tonggak pasukan,
antaranya Mohd Shakir Shaari, Mohd
Azril Abd Hamid dan Mohd Azmi Muslim
yang menarik perhatian pengendali
Skuad Olimpik kebangsaan, B. Sathianathan
bagi perlawanan ujian menentang
Denmark.
"Sebelum ini kita tidak dapat
menggunakan khidmat dua pemain berpengalaman
dalam perlawanan lalu, diikuti kegagalan
mendapat pelepasan khidmat tiga
pemain Olimpik itu dalam perlawanan
Jumaat ini."
Back
to news