Myteam
Fixtures
Standings
Team Results
Fanzone / blogsite
Gallery
News
Updates
Stats
Forum
 
 
     
 

Sepuluh pasukan bertanding, kontijen My Team diisytihar juara keseluruhan

 
RAI KEJAYAAN: Pasukan My Team bersama trofi kejuaraan selepas mengungguli FMI07 di Stadium Darulmakmur, malam tadi.

KUANTAN: Lebih 40,000 warga Kuantan membanjiri Stadium Darulmakmur, di sini, malam tadi, menyaksikan majlis penutup Fiesta Media Idola 2007 (FMI07) yang berlangsung selama tiga hari, sejak Jumaat lalu.

Acara penutup yang disempurnakan Pengerusi Penganjur, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, dipenuhi pelbagai acara seperti sukaneka dan konsert serta persembahan artis tempatan antaranya, Mawi, Dina (Malaysian Idol), Azza (Elite), Khadeeja, Salih Yaakob, Felix dan penyanyi cilik, Emir Iskandar.

Pada majlis itu juga, kontinjen My Team yang julung kali turut serta dalam FMI, diisytiharkan juara keseluruhan FMI07.

Turut diadakan pada majlis penutup ialah acara olahraga, iaitu 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter dan 5 X 80 meter bagi peserta wanita.

Sebanyak 10 pasukan bertanding pada FMI07 terdiri dari NST-BH, Shahzan Muda, Kelab Media Pahang, Utusan Malaysia, TV3, ntv7, RTM, Astro, My Team dan Karangkraf.

 
     
 
 
 
Ketika program realiti TV MyTeam disiarkan, ramai pembaca ABS (termasuk gadis-gadis) yang ingin mengetahui tentang pemain ini.. Mungkin kerana wajahnya yang `cute` dan juga kelincahan di padang. Tapi ketika `dikurung` semasa rakaman pemilihan itu, ABS tidak dibenarkan membuat sebarang temubual dan fotografi. Kawalannya begitu ketat sekali. Selepas membarisi pasukan UPB MyTeam, barulah dia mudah didekati. Hendak tahu lebih lanjut, ikuti temubual menarik ini...
Pemuda ini boleh dikatakan masih ‘setahun jagung’ dalam arena profesional bola sepak. Musim ini merupakan aksi pertamanya dalam kancah Liga Malaysia apabila terpilih menyertai skuad UPB MyTeam yang sedang memberi saingan dalam Liga Perdana.

Mohd Fairus Alias atau lebih dikenali sebagai Fairus di kalangan keluarga dan rakan-rakan dipilih untuk menghiasi ruangan MACHO kali ini. Fairus antara yang bertuah kerana dapat mewakili UPB MyTeam, sebuah pasukan yang rata-rata pemainnya dicungkil bakat melalui program Realiti TV popular tahun 2006.

Jelas anak muda yang berasal dari Kuala Terengganu ini, sepanjang latihan bersama pasukan realiti tv itu boleh dikatakan banyak peristiwa yang telah ditempuhinya. Kehilangan rakan seorang demi seorang yang tersingkir dalam program tersebut antara yang sukar dilupakan. Namun keadaan tersebut membuatkan dirinya menjadi lebih gigih untuk berusaha agar tidak senasib dengan rakan-rakan yang tersingkir.

Hasilnya, kini Fairus sudah boleh berbangga dengan segala usaha yang dicurahkannya selama ini. Namun dia sebenarnya masih belum puas kerana sedar masih banyak yang perlu dipelajari untuk meletakkan namanya sebaris dengan bintang bola sepak Malaysia yang lain...

Hai, anda apa khabar? Tahniah kerana berjaya menempatkan diri dalam pasukan UPB MyTeam.
Alhamdulillah.... terima kasih. Saya pun tak sangka akan terpilih kerana bagi saya ramai lagi yang berbakat. Cuma kali ini dah rezeki saya. Saya akan buat yang terbaik demi pasukan.

Sebelum bergelar pemain bola sepak, apa yang anda lakukan?
Ada beberapa kerja yang saya dah lakukan. Dulu saya pernah kerja jadi despatch. Kemudian saya juga pernah bekerja sebagai penjaga gelanggang futsal. Memang masa tu saya memang ‘gila’ dengan sukan tersebut sehinggalah saya pergi untuk uji bakat MyTeam.

Semasa pemilihan untuk MyTeam dahulu, apa ujian yang paling sukar untuk anda hadapi?
Rasanya semua ujian yang dijalankan boleh dikatakan sukar. Termasuklah pada peringkat pertama lagi. Bukan mudah nak lari 100 meter dengan catatan masa di bawah 12 saat. Memang masa tu rasa agak tertekan juga.

Bagaimana anda boleh terpilih untuk pergi ke Stadium Old Trafford, Manchester United?
Selepas saya terpilih dari 25 pemain yang akan menyertai perlawanan menentang skuad
kebangsaan Malaysia. Mulanya kami memang tak tahu apa-apa. Bila mereka umum nak bawa semua pemain ke Old Trafford, rasanya ia satu kejutan terbesar buat kami semua.
 
 
 
 
 
UPB-MyTeam sukar digugat
 

BELUM ada yang mampu mencalar rekod tanpa kalah UPB-MyTeam yang bagaimanapun terpaksa bertungkus lumus bagi mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tercorot KL-Plus dalam aksi Liga Perdana di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan itu menjadi alasan kenapa UPB-MyTeam terus menghuni tangga teratas liga dengan 20 mata, sekali gus mencerahkan peluang mereka naik taraf ke Liga Super musim depan.

Sayangnya tiada pesta gol seperti tiga perlawanan terdahulu sekali pun tuan rumah pasti berbangga dengan rekod bersih enam menang dan dua seri selepas mengharungi lapan perlawanan.

Awal saingan babak pertama menyaksikan kemampuan KL Plus mengekang asakan lawan dan sesekali mengancam kubu UPB-MyTeam menerusi pemain import Uchenna Eze dan Mohd Lot Abu Hassan.

Namun pendahulu Liga Perdana itu tidak mampu digugat dan ketua pasukan, Marin Mikac hampir memecah kebuntuan pada minit ke-26, cuma sepakan percuma pemain itu dari sebelah kiri berjaya ditumbuk keluar penjaga gol KL-Plus, Amrol Jaihan.

UPB-MyTeam tidak menunggu lama apabila mereka berjaya membuka tirai jaringan menerusi penyerang Dejan Miljanic.

Perangkap ofsaid benteng lawan yang tidak menjadi digunakan sebaiknya Miljanic yang mudah menewaskan Amrol dalam kotak penalti untuk gol kelimanya musim ini.

Tanpa dua pemain kebangsaan, Kaironnisam Sahabudin Hussain dan Nizaruddin Yusof, UPB-MyTeam jelas tidak pincang tetapi gol babak pertama seolah-olah mematikan perlawanan dengan tiada gerakan yang betul-betul mengancam pada babak kedua.

 
 
 
 
  Results – UPB-MyTeam FC 3 KM Naza 0  
     
 
UPB-MyTeam mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Perdana dengan kemenangan 3-0 menewaskan Kuala Muda Naza di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

UPB-MyTeam hanya memerlukan 19 minit untuk membuka jaringan menerusi bekas penyerang Selangor Mohd Harris Safwan, berpunca daripada hantaran Dejan Miljanic yang tepat untuk dirembat kencang dari dalam kotak penalti bagi gol pertama.

Di babak kedua Harris sekali lagi membolosi gawang Kuala Muda Naza pada minit ke-46

 
  hasil gerakan satu-dua dengan Marin Mikac, dan melengkapkan kemenangan mudah dengan gol ketiga pada minit ke-55 menerusi sepakan percuma Mikac dari luar kotak penalti.  
     
 
 
   
 
 

Charity Match between Bursa Bulls and UPB-MyTeam FC.


A total of RM 90,000 was raised from the charity match between Bursa Bulls and UPB-MyTeam FC at the KLFA Stadium, Cheras last night.

Nine public listed companied participated in the fund raiser either as cash donors, sponsors in cash and in kind, or participants of the match.

Bursa Bulls, strengthened by the inclusion of ex national players in the likes of Dollah Salleh, K. Rajagobal, Tan Cheng Hoe, Azlisham Ibrahim and Mat Zan Mat Aris however lost 4-3 on penalties after the match had ended scoreless in regulation time.

UPB-MyTeam FC President Khairy Jamaluddin paid tribute to the effort of Bursa Malaysia in raising funds for the Johor flood victims.

“It was a noble cause and we are glad to have been associated with Bursa in raising funds for the victims,” said Khairy.

“It has always been the policy of UPB-MyTeam FC to assist in raising funds for a worthy cause and I wish to thank the donors for their kind contributions.”

Besides Khairy and UPB-MyTeam FC Vice President Jason Lo, others who represented UPB-MyTeam FC in the match were Air Asia Berhad Group CEO Dato Tony Fernandes, Westport Executive Director Ruben Emir Gananalingam, Tricubes Berhad CEO Khairun Zainal Mokhtar, football pundit Shebby Singh, Football Association of Selangor Secretary Hamidin Mohd Amin and DJ Seelan Paul.

Bursa Malaysia Berhad initiative via the financial industry and its listed companies managed to raise RM100, 000 for the Johor flood victims.

The amount raised will be handed over to the Johor flood victims to help them rehabilitate and get back to normal living.

Bursa Malaysia recently adopted Kampung Batu Badak in response to the Government’s ‘Adopt A Village’ programme in aid of those affected by the Johor floods. Since its involvement with the village, Bursa Malaysia and its staff have contributed food, clothing and monetary assistance to 50 families from the village

Prior to the match Khairy launched the UPB-MyTeam FC Fan Club and more then 1,000 fans signed up as members.

“I am overwhelmed by the support of the fans and hope that more will sign up as members of the club,” said Khairy.

“More importantly I hope to see the fans turn up at the stadium to support the team in the Premier League.

“The fans have been staying away from matches in the Malaysian League and by forming a Fan Club we hope to rekindle their interest and passion in football.”

The drive to sign up members will further continue during the UPB-MyTeam FC Premier League match scheduled for March 6 against Kuala Lumpur at the Shah Alam Stadium


Back to updates

 
 
 
Coming Soon
UPB-MyTEAM
vs
JOHOR PG
  Score
:
1 - 3
  Date
:
12.06.2007

UPB-MyTEAM
vs
KELANTAN
  Score
:
2 - 1
  Date
:
05.06.2007

KUALA LUMPUR
vs
UPB-MyTEAM
  Score
:
2 - 2
  Date
:
18.05.2007