WHAT THE PAPERS SAY

 

WHAT THE PAPERS SAY – 3 MARCH

Pahang turut mencipta kemenangan dengan menewaskan UPB-MyTeam 2-0 pada perlawanan di Stadium Petaling Jaya.

Dua gol dalam masa tiga minit hasil jaringan R. Surendran (m-80) dan Hairuddin Omar (m-83) membolehkan Pahang meraih tiga mata berharga.

-excerpts from Rekod Kedah Tercalar, Utusan Malaysia, March 3

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 2 MARCH


UPB-MyTeam Gigit Jari

KELEKAAN pada sepuluh minit terakhir permainan mengakibatkan UPB/My Team tewas 0-2 kepada Pahang di Stadium ( MBPJ), kelmarin.

Penolong jurulatih UPB/My Team, Rashid Hassan berkata kekalahan pasukannya berpunca daripada kegagalan penyerang menggunakan peluang terhidang dan kesilapan benteng di penghujung masa permainan.

“Kalau dilihat keseluruhan perlawanan, pemain saya lebih mendominasi permainan, namun kegagalan penyerang menjaringkan gol menghampakan kami.

“Persembahan Syed Adney kurang memberangsangkan sehingga membolehkan dua gol mudah dijaringkan lawan. Apa pun saya akan perbetulkan kesilapan itu secepat mungkin.

“Saya harap pemain melipat gandakan lagi usaha menjelang pertemuan menentang Pulau Pinang pada perlawanan kedua Piala FA.

“Jadikan kekalahan ini sebagai iktibar untuk bangkit meningkatkan persefahaman dan tajam bila dalam kotak penalti lawan,” katanya.

-Harian Metro, March 2

 

 

In PETALING JAYA, Pahang recorded their sixth victory after 17 matches, beating UPB-MyTEAM 2-0 at the Petaling Jaya Municipal Council Stadium.

R. Surendran scored the opener in the 81th minute while the second goal came from Hairuddin Omar three minutes later.

-excerpts from Kedah Remain On Top Of Super League, Bernama (English), March 2

 

 

Satu pasukan Liga Super sudah pasti tersingkir esok apabila UPB MyTeam yang menang 2-0 pada perlawanan pertama menanti kunjungan Pulau Pinang di Stadium Shah Alam.

-excerpts from Nasib Perak, Perlis Esok, Utusan Malaysia, March 2

 

 

UPB MyTeam suffered their 10th defeat in the league when they lost 2-0 to Pahang at the Petaling Jaya Stadium. The visitors scored in the 80th minute through S. Ravindran and in the 86th minute through former national striker Hairuddin Omar.

-excerpts from 10 Man Negri Frustrate Leaders Kedah, New Straits Times, March 2

 

 

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, UPB-MyTeam gagal meneruskan kebangkitan dalam Liga Super selepas tewas 0-2 kepada Pahang menerusi dua gol yang dibolosi pada 10 minit terakhir jaringan R Surendran (M-80) dan Hairuddin Omar (m-84).

-excerpts from NS Longgarkan Cengkaman Kedah, Berita Harian, March 2

 

 

In Petaling Jaya, Pahang struck in the last 10 minutes through youngster R.Surendran and Hairuddin Omar to bag the three points for Zainal Abidin Hassan’s men against UPB-MyTeam.

-excerpts from All Square In Seremban, FAM Website, March 2

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY –27 FEBRUARY 2008

Eksperimen Rashid Berhasil

DUA jaringan Muhammad Zamri Chin memberikan tiga mata penuh kepada UPB/MyTeam apabila menang 2-0 mengatasi Polis di Stadium Selayang, malam tadi.

Jaringan Zamri pada minit ke-34 dan minit ke-55 itu membuatkan penolong jurulatih UPB/My Team, Rashid Hassan mampu tersenyum lebar dan berasakan eksperimen dengan menurunkan kesebelasan utama pemain tempatan mampu menjelmakan kejayaan.

“Ini adalah kemenangan yang amat bermakna kerana memberikan kami suntikan semangat dan perangsang untuk menentang Pahang di gelanggang sendiri, Sabtu nanti.

“Walaupun kami menurunkan semua pemain tempatan akibat penggantungan automatik dua pemain import, tapi mereka memberikan persembahan membanggakan dan juga semangat yang berbeza. Biarpun selama ini kita asyik kalah tapi bukan bermakna akan terus kalah selama-lamanya,” katanya.

Mengulas dua jaringan itu, Rashid berkata barisan penyerangnya masih banyak yang perlu diperkemaskan.
 
“Pemain perlu lebih peka menghidu peluang dan mempertajamkan percubaan di depan gol lawan. Dua jaringan malam ini sebenarnya adalah nasib kerana kesilapan penjaga gol lawan tapi peluang yang sebenarnya ada lebih banyak yang tidak dimanfaatkan,” katanya.

Dalam pada itu, pengemudi Polis, K Thaiyanathan beranggapan kekalahan malam tadi berpunca daripada kesilapan benteng pertahanan yang mengambil sikap sambil lewa.

“Dua gol yang diperolehi lawan sepatutnya tidak berlaku jika pemain sentiasa berkomunikasi dan mengingatkan antara satu sama lain. Inilah yang berlaku kalau pemain ‘bisu’. Bola yang sepatutnya tidak gol tapi dijaringkan lawan kerana pemain saya kurang bersuara dan saling mengharap antara satu sama lain,” katanya yang berjanji akan memperbaiki kelemahan untuk perlawanan akan datang.

-Harian Metro, 27 February

 

 

UPB-MyTeam moved up two rungs to ninth spot when they defeated Police 2-0 at the Selayang Municipal Council Stadium. New national team call-up Zamri Chin (pic) was the toast, scoring both goals in the 35th and 50th minutes.

-excerpts from Azi’s Late Strike For Perlis Denies Negri A Victory, The Star, 27 February

 

 

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, UPB MyTeam mencatat kemenangan keempat musim ini apabila menewaskan PDRM, 2-0 menerusi dua jaringan Mohd Zamri Chin masing-masing pada minit 34 dan 49.

-excerpts from Kedah Kian Jauh Di Puncak Liga, Berita Harian, 27 February

 

 

At the Selayang Stadium here, club side UPB-MyTeam demolished Police 2-0 with Muhamad Zamri Chin earning himself a brace when he fired home in the 35th and 50th minutes respectively.

-excerpts from Kedah Remain Unshakeable, Bernama (English), 27 February

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 25 FEBRUARY 2008

UPB/MyTeam mengenal pasti kegagalan mengaut kesempatan ketika Terengganu hanya beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh 30 minit terakhir sebagai punca mereka tumpas 1-3 di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin.

Pasukan tuan rumah yang ketika itu sedang terikat 1-1 sebaliknya mempamerkan aksi pertahanan goyah yang membolehkan Terengganu pula bangkit dengan Gleisson Jorge De Souza menjaringkan dua gol dalam tempoh tujuh minit terakhir pada minit ke-83 dan 87 untuk membolehkan mereka pulang bersama tiga mata.

“Kami bermain baik dan mempunyai banyak peluang menghasilkan gol, tapi penyerang gagal memanfaatkan peluang dan pemain pertahanan pula lalai, itulah sebab yang mengakibatkan kami tewas walaupun bermain dengan kelebihan seorang pemain,” kata penolong jurulatih UPB/MyTeam, Rashid Hassan.

UPB/MyTeam mendahului seawal minit kesembilan menerusi Mijo Dadic sebelum pelawat menyamakan kedudukan lima minit kemudian melalui ketua pasukan, Zairo Anuar Zalani apabila pengadil memberikan sepakan penalti selepas penjaga gol tuan rumah, Syed Adney syed Hussein menjatuhkan De Souza dalam kotak penalti.

“Walaupun mendahului, tendangan penalti yang diberikan kepada lawan itu membangkitkan semangat mereka untuk bermain lebih baik, ” kata Rashid.

Dalam pada itu, kekalahan kelmarin juga mengundang teguran daripada Rashid terhadap mutu pengadilan.

“Keputusan pengadil adalah muktamad, tapi akhir-akhir ini mereka nampak hilang tumpuan, sampaikan kita yang duduk di luar ini pun boleh sakit jiwa.

“Sepatutnya biarlah sesuatu keputusan itu tidak meragukan dan pengadil perlu banyak memberikan `advantage’. Ini tidak, itu yang menyebabkan corak permainan tersekat dan lawan pula dapat mengawal semula keadaan.

“Pengadil kena faham, kami semua ini profesional, bola adalah periuk nasi kami. Jadi, kalau boleh, keputusan pengadil selepas ini janganlah yang boleh dipertikaikan,” katanya.

-Harian Metro, 25 February

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 24 FEBRUARY 2008

Visitors Terengganu romped to a 3-1 win over UPB FC-MyTeam at the Petaling Jaya Stadium despite playing most of the second half with 10 men.

The hosts led through Mijo Dadic in the ninth minute before Zairo Anuar Zailani's 13th minute penalty and a double by Gleisson de Souza in the 83th and 87th earned Terengganu the three points.

-excerpts from Turning Into Two Horse Title Race, New Straits Times, 24 February

 

 

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), UPB-MyTeam terus dipalit duka tewas 1-3 kepada pelawat, Terengganu.

Mijo Dadic membuka jaringan buat MyTeam pada minit kesembilan untuk menceriakan seketika skuad tuan rumah tetapi ia tidak bertahan lama apabila Zairo Anuar menyamakan kedudukan buat skuad Penyu menerusi sepakan penalti pada minit ke-14 sebelum Gleisson de Souza menjadi wira Terengganu apabila menjaringkan dua gol minit ke-83 dan 87.

-excerpts from Hijau Kuning Makin Garang, Berita Harian, 24 February

 

 

Di PETALING JAYA, Terengganu menumpaskan UPB-MyTEAM 3-1 pada perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

UPB-MyTEAM terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mijo Dadic pada minit ke-10 namun pelawat menyamakan kedudukan apabila ketua pasukan Terengganu, Zairo Anuar menyempurnakan sepakan penalti lima minit kemudian.

Terengganu kemudian menambah dua lagi gol menerusi Gleisson de Souza pada minit ke-84 dan 88, untuk membolehkan Terengganu mengutip tiga mata penuh

-excerpts from Kedah Makin Kukuh Di Persada Liga Super, Bernama (Malay), 24 Februari

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 20 FEBRUARY 2008

Yunus Yakin Dapat Jinak UPB-MyTeam

SKUAD Terengganu mengharapkan barisan serangannya mampu mempertajamkan penyudah dalam usaha memastikan mata penuh dalam pertemuan dengan UPB-MyTeam dalam saingan Liga Super, Sabtu ini.

Jurulatih Yunus Alif berkata, gandingan Gleisson Freire-Ashaari Shamsuddin-Abdul Manaf Mamat perlu bertindak bijak mengambil peluang yang diperolehi agar mereka tidak pulang dengan tangan kosong apabila bertandang ke gelanggang lawan itu.

"Saya mahu jentera serangan berfungsi dengan mantap bagi merobek gawang lawan demi mencari kemenangan. Apa yang penting adalah untuk memastikan pertahanan lawan kucar kacir dan gawang mereka dapat ditembusi," katanya.

Yunus percaya berdasarkan persembahan mantap anak buahnya, peluang untuk Terengganu menjinakkan UPB-MyTeam adalah cerah bagi membawa pulang mata penuh.

Dalam pertemuan pusingan pertama di tempat sendiri bulan lalu, Terengganu mencatat kemenangan 3-1 ke atas UPB MyTeam.

Sementara itu, pemain tengah Terengganu, Jocian Bento, 28, memberi jaminan untuk bermain sebaik mungkin sambil mencari peluang menjadi penjaring gol.

Saya memang mahu menjadi penjaring gol dan setakat ini baru satu gol mampu dibuat ketika berdepan dengan UPB-MyTeam di tempat sendiri," katanya.

-Berita Harian, 20 February

 

 

Down-and-out Penang, who are rooted to the bottom of the Super League with just one victory in 11 matches, finally found their winning touch, defeating UPB-MyTeam 2-0 at the State Stadium in Batu Kawan.

-excerpts from Kedah, Selangor Hit Five Past Their Opponents, The Star 20 February

 


Turut mencatat kemenangan semalam ialah Pulau Pinang yang menewaskan UPB-MyTeam 2-0 pada perlawanan di Stadium Batu Kawan.

Farizal Rozaili membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-27 sebelum Mohd. Hafiz Abd. Rahman menggandakan jaringan pada minit ke-73.

-excerpts from Piala FA : Tiada Kejutan Berlaku, Utusan Malaysia 20 February

 

 

Pulau Pinang pula membenam UPB MyTeam 2-0 di Stadium Bandaraya.

-excerpts from Kedah, Selangor Kenduri Gol, Berita Harian, 20 January

 

 

Pulau Pinang yang di ambang prestasi buruk musim ini turut mencipta kemenangan 2-0 ke atas UPB/MyTeam

-excerpts from Kedah, Selangor Selesa, Harian Metro, 20 January

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 17 FEBRUARY 2008

At the Shah Alam Stadium, national striker Mohd Safee Sali scored a late winner to give Selangor a hard-fought 2-1 win over UPB-MyTeam.

Former international Kaironissam Sahabuddin had put the visitors in front in the 12th minute but Liberian striker Frank Seator equalised for the Red Giants in the 36th minute.

-excerpts from No Sweat For Kedah, The Star, 17 February

 

 

Selangor terus mengekori rapat Kedah selepas menewaskan UPB-MyTeam 2-1 pada perlawanan di Stadium Shah Alam.

UPB-MyTeam bagaimanapun lebih dulu mengejutkan pasukan tuan rumah dengan gol pendahuluan Kaironnisam Shahabudin (m-14).

Frank Seator kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-37 sebelum Safee Sali menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki lapan minit untuk ditamatkan.

-excerpts from Kedah Gah di Takhta, Utusan Malaysia, 17 February

 

 

SELANGOR maintained their second spot in the table by edging UPB MyTeam 2-1 at Shah Alam Stadium.

But it was MyTeam who shocked Selangor by seizing the lead in the 12th minute through former national skipper Kaironnisam Shahbuddin.

But Liberian Frank Seator equalised for Selangor in the 36th minute and Safee Sali scored the winner for the Red Giants in the 83rd minute .

-excerpts from Mighty Kedah Continue To Lead, New Straits Times, 17 February

 

 

Di Stadium Shah Alam, Selangor mengekang tentangan sengit UPB MyTeam untuk melakar kemenangan 2-1.

Pelawat mencipta kejutan awal menerusi gol hasil rembatan jarak jauh Kaironnisam Shahabuddin pada minit ke-12 tetapi Frank Seator memanfaat umpanan lintang Elie Aiboy untuk gol pengikat kedudukan pada minit ke-36.

Ketika UPB MyTeam tampak mampu mencuri satu mata daripada pertemuan itu, Safee Sali memastikan Selangor tidak berputih mata apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82.

-excerpts from Kedah Kukuh Cengkaman Liga, Berita Harian, 17 February

 

 

Selangor Raih Kemenangan Kesembilan

Pasukan Selangor mengutip mata penuh setelah berjaya menewaskan UPB-MyTeam, 2-1, pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam di sini malam ini.

Bagaimanapun, pasukan UPB-MyTeam terlebih dahulu membuka jaringan menerusi ketua pasukanya, Kaironnisam Shabudin pada minit ke-13 apabila melakukan percubaan jarak jauh yang menewaskan penjaga gol Selangor, Mohd Suffian Ab Rahman.

Tersentak dengan gol pembukaan UPB-MyTeam itu, Selangor mengatur serangan bertali arus ke gawang pihak lawan dan hasilnya penyerang import, Frank Seator menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-37.

Selepas rehat, Selangor meneruskan serangan merbahaya ke gawang UPB-MyTeam dan pada minit ke-83 Mohd Safee Sali menceriakan pasukan "Red Giant" telah melakukan rembatan kencang menewaskan Syed Adney Syed Hussein.

Pasukan Selangor kini mengumpul 29 mata hasil sembilan kemenangan dan dua seri.

-Bernama (Malay), 17 February

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 16 FEBRUARY 2008

Selangor, who look like the only ones who can prevent Kedah from retaining the title, are at home to MyTeam and should fancy the three points.

-excerpts from Perak Go To Terengganu Hoping To Stop Slide, New Straits Times, 16 February

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 15 FEBRUARY 2008

Bunyamin Milik UPB-MyTeam

PENANTIAN UPB-MyTeam untuk memiliki khidmat pemain tengah skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B-23), Bunyamin Umar akhirnya berhasil apabila pemain kelahiran Kedah itu sah menjadi milik kelab itu selepas melakukan penampilan pertama ketika seri 0-0 dengan DPMM FC, Selasa lalu.

Bekas pemain Kedah berusia 19 tahun itu kini menuntut dalam jurusan pra- universiti di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), dan sebelum ini menjadi rebutan antara Kedah dan UPB-MyTeam.

Bagi penolong pengurus UPB-MyTeam, Yakub Hussaini kesabaran pengurusan pasukannya untuk menanti pelepasan Kedah untuk khidmat pemain itu ternyata berbaloi kerana dia mampu memberi suntikan baru kepada pasukan.

“Sukar untuk mencari seorang pemain tempatan sepertinya dan kehadirannya tepat pada masanya kerana kami kini sedang berjuang untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan dan Bunyamin juga seorang pemain yang mempunyai semangat juang tinggi.

“Kami gembira dengan kehadirannya dan dia juga gembira akhirnya dapat bersama kami. Dia mampu beraksi dengan baik di bahagian tengah atau pertahanan, dan kehadiran seorang pemain serba boleh sepertinya amat kami alu-alukan,” kata Yakub.

Beraksi untuk kelab yang berpangkalan di Lembah Klang itu juga memudahkan pemain itu untuk mengimbangi waktu antara pelajarannya dan juga bola sepak, berbanding jika dia kekal bersama Kedah dan terpaksa berulang-alik dari Alor Setar ke SSBJ untuk menghadiri kelas.

UPB-MyTeam juga sudah melakukan beberapa perubahan pada barisan pemainnya ketika ini. Bunyamin dijangka diturunkan bagi menjana bahagian tengah untuk pertemuan dengan Selangor dalam saingan Liga Super esok, menggantikan tempat pemain import Miljan Rodavic yang ditamatkan khidmatnya ekoran aksi hambar.

-Berita Harian, 15 February

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 13 FEBRUARY 2008

UPB MyTeam gagal memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang DPMM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Penolong jurulatih UPB, Rashid Hassan menyifatkan keputusan itu berpunca daripada kegagalan jentera serangan meledakkan beberapa peluang terhidang.

“Sekurang-kurangnya kami memiliki tiga peluang tapi diselamatkan penjaga gol lawan. Jika salah satu menemui sasaran pasti tiga mata penuh dapat diraih.

“Masalah kami ialah melengkapkan penyudah. Ini punca utama kegagalan menundukkan DPMM meskipun beraksi di tempat sendiri.

“Walaupun berkongsi satu mata, ia memberikan pengajaran terutama menjelang pertemuan dengan Selangor nanti,” katanya.

Menurut Rashid lagi, Selangor bukan calang-calang pasukan dan ini menyukarkan MyTeam. meraih kemenangan.

“Malah rekod pertemuan pusingan pertama jelas memihak kepada mereka tetapi kami tidak akan mudah mengalah.

“Tumpuan kami ialah mengatasi masalah penyudah. Jika ini dapat diatasi segera, Selangor pula harus berhati-hati,” tegasnya.

-excerpts from Padah Penyudah Tumpul, Harian Metro, 13 February

 

 

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, UPB MyTeam kembali merudum ke tangga kedua tercorot selepas hanya mampu seri 0-0 dengan wakil Brunei, DPMM

-excerpts from Selangor Kembali Rampas Tangga Ke-2, Berita Harian, 13 February

 

 

At the Petaling Jaya Stadium, MyTeam drew 0-0 with DPMM FC.

-excerpts from Selangor Sink Perak To Go Second, New Straits Times, 13 February

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 4 FEBRUARY 2008

MyTeam Beat Brunei For Third Win

UPB-MyTeam secured their third win of the season, beating Brunei DPMM 3-2 at the Hassanal Bolkiah Stadium in Bandar Seri Begawan yesterday morning.

In the replay, Sasa Brezenac netted a brace (35th and 59th). R. Arumugam scored the opening goal in the 12th minute. The scorers for Brunei were Ndongo Mpessa (14th) and Rosmin Khamis (77th).

The win moved MyTeam one rung up to 11th place in the 13-team table.

-The Star, 4 February

 

 

UPB-MyTeam Pulang Mata Penuh

BANDAR Seri Begawan – UPB-MyTeam menewaskan DPMM FC 3-2 dalam satu perlawanan ulangan Liga Super di Stadium Hassanal Bolkiah di sini, semalam.

Gol jaringan R. Arumugam di minit ke-12, Sasa Branezac (minit ke-35 dan ke-70) membolehkan pasukan pelawat pulang dengan mata penuh walaupun cuba disaingi tuan rumah melalui jaringan Francois Mpessa (minit ke-16) dan Rosmin Khamis (minit ke-77).

UPB-MyTeam mendahului 2-1 setelah tamat separuh masa pertama.

Keghairahan DPMM FC untuk cuba kembali menyamakan kedudukan menyebabkan corak permainan mereka semakin terdesak dan membawa padah di minit ke-85 apabila penyerang mereka diperintah keluar padang setelah diberikan kad merah ekoran satu terjahan bahaya ke atas pemain lawan.

Sebanyak enam kad kuning turut diberikan dalam perlawanan ulangan ini yang terpaksa dilangsungkan pagi ini apabila pertemuan asal malam tadi tidak dapat diteruskan kerana sebuah lampu limpah stadium itu terbakar.

-Utusan Malaysia, 4 February

 

 

MyTeam secured their third win of the season yesterday when they edged DPMM FC 3-2 at the Hasanal Bolkiah Stadium in Bandar Seri Begawan.

-excerpts from Kedah Nicely Placed At The Top, New Straits Times 4 February

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 3 FEBRUARY 2008

Sementara itu, pertemuan antara Brunei DPMM dan UPB-MyTeam dibatalkan hanya selepas 35 minit berlangsung apabila lampu limpah di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah terpadam.

Brunei sedang mendahului 1-0 menerusi Md Shahrazen Said pada minit keenam, sebelum kegembiraan itu tersentap ekoran lampu yang tiba-tiba padam dan memaksa pengadil, Mohd. Yusuf Mohd. Karim membatalkan perlawanan.

Perlawanan akan diadakan semula di tempat yang sama pada jam 8 pagi ini selepas usaha memulihkan sistem lampu limpah di stadium itu gagal setelah menunggu selama satu jam 20 minit.

-excerpts from Perak Benam Selangor 4-2, Utusan Malaysia 3 February

 

 

At the Hasanal Bolkiah Stadium, DPMM FC were leading MyTeam 1-0 through a Shahrizain Said goal in the seventh minute when the match was abandoned in the 35th minute due to floodlights failure.

The match will be continued at 8am today.

-excerpts from Zairol Zaps Negri With Wonder Goal, New Straits Times 3 February

 

 

UPB-Myteam Pulang Dengan Mata Penuh

UPB-MyTeam menewaskan DPMM FC 3-2 dalam satu perlawanan ulangan Liga Super di Stadium Hassanal Bolkiah di sini, pagi ini.

Gol jaringan R. Arumugam di minit ke-12, Sasa Branezac (minit ke-35 dan ke-70) membolehkan pasukan pelawat pulang dengan mata penuh walaupun cuba disaingi tuan rumah melalui jaringan Francois Mpessa (minit ke-16) dan Rosmin Khamis (minit ke-77).

UPB-MyTeam mendahului 2-1 setelah tamat separuh masa pertama.

Keghairahan DPMM FC untuk cuba kembali menyamakan kedudukan menyebabkan corak permainan mereka semakin terdesak dan membawa padah di minit ke-85 apabila penyerang mereka diperintah keluar padang setelah diberikan kad merah ekoran satu terjahan bahaya ke atas pemain lawan.

Sebanyak enam kad kuning turut diberikan dalam perlawanan ulangan ini yang terpaksa dilangsungkan pagi ini apabila pertemuan asal malam tadi tidak dapat diteruskan kerana sebuah lampu limpah stadium itu terbakar.

-Bernama (Malay), 3 February

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 2 FEBRUARY 2008

Soccer Match Called Off Due To Faulty Floodlights

The Brunei DPMM match against UPB-MyTeam was called off tonight, due to faulty floodlights at the Hassanal Bolkiah National Stadium here.

Referee Mohd Yusuf Mohd Karim made the decision to stop the match when the incident occurred 35 minutes after the match began at 8.15pm.

The match will resume at 8am tomorrow, at the same venue.

Earlier, Brunei DPMM's Md Shahrazen Md Said scored a goal at the 22nd minute of the match.

-Bernama (English), 2 February

 

 

Lampu Stadium Terpadam: Perlawanan Brunei-MyTeam Diadakan Semula Esok

Perlawanan bola sepak Liga Super antara DPMM Brunei dan UPB-MyTeam di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah di sini malam ini terpaksa dibatalkan selepas berlangsung hanya 35 minit apabila lampu limpah stadium terpadam.

Ketika itu DPMM sedang mendahului 1-0 menerusi jaringan Md Shahrazen Md Said pada minit keenam dan kegembiraan itu tersentak 10 minit sebelum separuh masa pertama berakhir apabila lampu limpah di stadium padam secara tiba-tiba.

Pengadil perlawanan Mohd Yusuf Mohd Karim mengambil keputusan membatalkan perlawanan malam ini dan menetapkan perlawanan ulangan bermula 8.00 pagi esok di tempat yang sama setelah usaha-usaha untuk memulihkan sistem lampu limpah di stadium itu tidak dapat dilakukan selepas menunggu selama satu jam 20 minit.

Sebelum itu, suasana stadium bergema apabila Md Shahrazen yang pertama kali diturunkan musim ini setelah direhatkan lebih dua bulan akibat kecederaan berjaya meletakkan pasukan tuan rumah di depan melalui satu gerakan pantas pada minit keenam untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Syed Adney Syed Hassan.

-Bernama (Malay), 2 February

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 30 JANUARY 2008

At the MBPJ Stadium in Kelana Jaya, two goals by Mohd Safee Sali gave the Red Giants three points in the match against UPB-MyTeam.

He was on target in the 73rd and 77th minutes.

-excerpts from Selangor, Negri and Perak Maintain Their Ground, The Star 30 January

 

 

Penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali meraikan hari jadinya yang ke-24 malam tadi dengan menyumbangkan dua gol untuk membantu Selangor menewaskan UPB-MyTeam 2-0 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.

-excerpts from Kedah Unggul Di Puncak, Utusan Malaysia, 30 January

 

 

SAFEE Sali's brace helped Selangor beat UPB-Myteam 2-0 at the Petaling Jaya Stadium.

The national striker scored in the 73rd and 77th minute.

-excerpts from Kedah Stay Five Points Clear, New Straits Times 30 January

 

 

di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor menang 2-0 mengatasi UPB-MyTeam untuk terus mengekori Kedah di persada liga.

-excerpts from Perak Kembali Garang, Selangor Ekori Rapat Selepas Ketepikan UPM-MyTeam, Berita Harian 30 January


 

Sementara itu, penolong jurulatih UPB/MyTeam, Rashid Hassan, berkata bahagian serangan yang gagal menggunakan sepenuhnya peluang terhidang untuk menjaringkan gol mengakibatkan mereka kehilangan tiga mata.

“Selangor bukannya apa sangat, kalau hendak dibandingkan, peluang kami lagi banyak. Tapi, inilah bola sepak, kalau kita tidak gunakan peluang, kita tewas,” katanya.

-excerpts from Hadiah Hari Jadi Safee, Harian Metro 30 January

 

 

At the Petaling Jaya City Stadium, two goals by Mohd Safee Sali gave Selangor three points in the match against UPB-MyTeam. The goals were scored in the 71st and 76th minutes.

-excerpts from Kedah Stay Tops Of Super League, Bernama (English) January 30

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 29 JANUARY 2008

Kaironnisam Masih Mahu Wakili Negara

EPISOD berbeza dirasai bekas kapten negara, Kaironnisam Sahabuddin Hussain yang bukan saja namanya tidak disenaraikan dalam skuad pelatih kebangsaan, malah pasukannya UPB-MyTeam juga berada di kelompok bawahan Liga Super.

Bekas kapten skuad negara berusia 29 tahun itu kali terakhir menjalankan tanggungjawabnya ketika Kejohanan Piala Asia tahun lalu selepas mengetuk pintu skuad kebangsaan pada Sukan Sea 2001 tetapi namanya tidak disenaraikan B Sathianathan bagi kem latihan pertama bermula Februari ini.

“Mungkin jodoh saya belum habis lagi bersama skuad kebangsaan, bukan saya sudah tidak mahu tetapi setiap jurulatih ada kelainan dan pandangan masing-masing, begitu juga dengan Sathianathan,” kata Kaironnisam.

Kapten MyTeam itu menjelaskan dia masih berharap untuk disenaraikan ke skuad kebangsaan yang memiliki tiga tugas utama termasuk menyertai Pestabola Merdeka, Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) dan Sukan Sea Laos 2009.

Minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menamakan 36 pemain yang akan dipanggil menyertai latihan bersama skuad kebangsaan kendalian Sathianathan selama empat hari bermula 3 Februari ini yang memiliki gabungan pemain muda dan baru.

Bagaimanapun, nama Kaironnisam tidak disenaraikan sebaliknya pemain tengah Pahang, Sharil Faizal Sharifuddin kembali disenaraikan selepas kali terakhir dinamakan untuk misi negara pada kelayakan Piala Dunia pada 2004.

“Saya masih tidak mahu mengalah dan akan cuba mempamerkan permainan sebenar saya supaya nama saya kembali dimasukkan ke dalam skuad kebangsaan,” katanya.

Namun persembahan tidak menentu pasukannya yang kini hanya mencatat dua kemenangan dalam 10 perlawanan Liga Super, sedikit membimbangkan pemain berasal dari Perlis itu kerana ia mungkin menjadi faktor kenapa namanya tidak disenaraikan.

“Bagi saya, jika jurulatih mengambil kira prestasi pasukan untuk menyenaraikan pemain, ia memang sukar buat saya kerana pasukan saya tidak berada dalam prestasi terbaik. Seharusnya saya dilihat sebagai individu bukannya sebagai sebuah pasukan.

“Memang ketika ini ia agak sukar, kami tidak banyak menjaringkan gol dan orang akan melihat pertahanan kami banyak bolos, tetapi kami berusaha untuk mengatasinya dalam perlawanan lain selepas ini,” katanya.

Untuk itu, dia berazam membantu pasukannya mencatat kemenangan ketiga apabila pasukannya bertemu Selangor, malam ini dan Kaironnisam turut mendedahkan kemungkinan pemain import baru yang pernah menyarung jersi MPPJ dan Pulau Pinang, Sasa Branezac akan diturunkan selepas dilamar pasukan itu.

Katanya, kehadiran penyerang itu diharapkan akan mampu mengubah nasib MyTeam yang nyata kekurangan sengat di bahagian itu sejak permulaan musim ini.

-Berita Harian, 29 January

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 27 JANUARY 2008

Terengganu continued their strong showing at home when they defeated UPB-MyTeam FC 3-1 at the Sultan Ismail Stadium in Kuala Terengganu.

Abdul Manaf Mamat opened accounts for the Turtles in the 27th minute before Mohd Ashaari Shamsuddin doubled the tally three minutes after the break. Josiah Bento then chipped in with the third goal in the 90th minute. MyTeam’s consolation goal came from Zamri Chin in the 89th minute.

-excerpts from Perak Blasts The Cops, The Star 27 January

 

 

Terengganu kembali menyertai saingan dalam perebutan kejuaraan liga musim ini hasil kemenangan 3-1 ke atas UPB-MyTeam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Gol-gol Terengganu dijaringkan Abd. Manaf Mamat (m-27), Mohd. Ashaari Samsudin (m-47) dan Joseph Bento Dos Anjos (m-87).

UPB-MyTeam kemudiannya memperoleh gol sagu hati hasil jaringan Mohd. Zamri Chin pada masa kecederaan.

-excerpts from Kedah Terus Unggul, Utusan Malaysia 27 January

 


Terengganu kept their title bid alive with a 3-1 win over UPB FC-MyTeam in Kuala Terengganu with goals from Abdul Manaf Mamat (19th), Ashaari Samsuddin (47th) and Jocien Bento (87th). Zambri Chin grabbed a consolation for the visitors in injury time

-excerpts from Kedah Widen Lead, New Straits Times 27 January

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 21 JANUARY 2008

Bojan Belum Rasa Selesa

KEMENANGAN 2-0 UPB-MyTeam ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan Liga Super malam kelmarin nyata belum cukup melegakan jurulatihnya, Bojan Hodak.

Walaupun anak buahnya berjaya mengutip tiga mata berharga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, jurulatih dari Croatia itu mengakui, beliau sedikit gusar apabila melihat aksi pemainnya sepanjang babak pertama.

Mujur jaringan penalti Miljan Radoic (ke-38) dan Muhamad Zambri Chin pada minit ke-45 berjaya meyakinkan Bojan bahawa anak buahnya semakin menunjukkan peningkatan, sekali gus berjaya mematahkan semangat PDRM untuk bangkit pada babak kedua.

“Saya gembira dengan keputusan permainan, tapi tidak dengan aksi pemain saya,” kata Bojan semalam.

“Secara jujurnya, PDRM mempunyai banyak peluang terbaik dan mereka hampir-hampir menjaringkan gol. Tapi kami juga bertahan dengan baik dan berjaya menjaringkan dua gol sebelum masa rehat.

“Begitupun, keseluruhannya saya rasa aksi kami agak baik juga terutamanya pada babak kedua. Kami berjaya menguasai permainan sepanjang 45 minit babak tersebut.”

Selepas tewas 0-1 kepada Pahang minggu lepas, skuad bimbingan Bojan itu berjaya bangkit melupakan kekalahan tersebut malam kelmarin.

Malah, apa yang lebih melegakan Bojan ialah kelibat Juzaili Samion serta dua pemain importnya, Miljan Radoic dan Andres Sebastian Romano yang mempamerkan aksi memberangsangkan.

“Saya gembira dengan aksi Juzaili dan juga pemain import baru, Miljan Radoic. Mereka mengawal bola dengan baik dan melakukan hantaran-hantaran yang tepat kepada rakan sepasukan.

“Andres pula semakin mempamerkan peningkatan, tapi saya rasa masih banyak lagi yang perlu dia perbaiki. Saya akan bagi dia sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri. Kita lihat saja pada perlawanan seterusnya nanti,” ujar Bojan lagi.

Menjelang pertemuan dengan Terengganu Sabtu ini, Bojan berharap anak buahnya dapat mengekalkan rentak kemenangan ini bagi terus memperbaiki kedudukan mereka yang berada di tempat ketiga terbawah liga.

“Terengganu adalah antara pasukan yang paling berjaya dalam liga ketika ini dan berdepan dengan mereka di sana memang amat sukar.

“Kami amat menghormati mereka, tapi itu tidak bermakna kami tidak mahu menang. Cuma kami perlu lebih bersedia dan kurang melakukan kesilapan dalam pertemuan itu nanti,” kata Bojan.

-Kosmo, 21 January

 

 

WHAT THE PAPERS SAY – 20 JANUARY

UPB-MyTeam grabbed their second consecutive win when they beat Police 2-0 at the MBPJ Stadium in Kelana Jaya. Mirja Derovic opened accounts when he converted a penalty in the 42nd minute before Zambri Chin scored the second two minutes later.

-excerpts from Kedah Extend Lead To Three Points With Win Over Johor FC, The Star January 20

 

 

Turut mencatat kemenangan semalam UPB- MyTeam yang menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dengan 2-0 di Stadium Petaling Jaya.

Gol-gol UPB-MyTeam dijaringkan Miljan Radovic (pen-40) dan Zamri Chin (m-45).

-excerpts from Kedah Kebal Di Takhta Liga, Utusan Malaysia January 20

 

 

UPB-MyTeam scored a 2-0 win over Police in a battle of Klang Valley teams at the MBPJ Stadium.

Croat midfielder Mirja Dovic, from a penalty in the 40th minute, and Zamri Chin, in the 45th minute, scored for MyTeam.

The win was only their second of the season which moved them one spot up to 11th on eight points, swapping places with Penang.

-excerpts from Negri Keep Pace With Kedah, New Straits Times 20 January

 


Di Stadium MBPJ, UPB MyTeam meneruskan kebangkitan dengan mencipta kejutan menewaskan Polis 2-0. Tuan rumah terpaksa menanti hingga minit ke-40 untuk menembusi gawang pelawat menerusi sepakan penalti Miljan Radovic manakala pemain B-23 kebangsaan, Zamri Chin kemudian melebarkan jurang gol dengan jaringannya pada minit ke-45

-excerpts from Jentera Kedah, NS Kian Panas, Berita Harian 20 January

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-16 JANUARY 2008

Pahang scored a late solitary goal through Moroccan striker Redouane Barkaoui to take full points off UPB-MyTeam at the Darulmakmur Stadium in Kuantan.

-excerpts from Canaries Go Clear Top, The Star 16 January

 

 

Pahang juga mencatat kemenangan semalam selepas menewaskan UPB-MyTeam 1-0 pada perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Gol kemenangan dan tunggal perlawanan itu dijaringkan Rediune Barkaoui pada minit-minit terakhir permainan.

-excerpts from Kedah Kekal Bertakhta, Utusan Malaysia 16 January

 

 

Di Stadium Darulmakmur, jaringan pemain import Maghribi, Redouane Barkaoui pada minit ke-90 untuk memastikan Pahang memungut tiga mata penuh mengatasi UPB MyTeam.

Barkaoui yang pertama kali diturunkan musim ini berjaya menanduk masuk hantaran rakan dari bahagian tengah ketika MyTeam sudah berharap untuk mendapatkan satu mata di tempat lawan.

-excerpts from Kedah Terus Kukuh Cengkaman, Berita Harian 16 January

 

 

Pahang edged UPB-MyTeam 1-0 with a 90th minute goal by Redouane Barkaoui in Kuantan

-excerpts from Kedah Stay Top, Selangor Held, New Straits Times 16 January

 

 

Pahang Perit Atasi MyTeam

PENYERANG import dari Maghribi, Redouane Barkaou muncul wira Pahang apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit akhir perlawanan ketika membenam UPB-MyTeam 1-0 di Stadium Darulmakmur malam tadi.

Bagi Redouane, jaringan itu adalah yang kedua selepas satu gol dijaringkan ketika Pahang seri 1-1 dengan DPMM FC yang membuktikan sentuhannya kian berbisa.

Pada perlawanan malam tadi, ketika UPB-MyTeam seolah-olah mampu membawa pulang satu mata, Redouane menanduk masuk hantaran lintang bagi menewaskan penjaga gol lawan, Syed Adney Syed Hussein pada minit ke-90.

Namun, kedua-dua pasukan bermain hambar terutama pada separuh masa pertama dan tiada percubaan berbahaya dilakukan bagi merancakkan permainan.

Cuma, selepas rehat menyaksikan kedua-dua pasukan menunjukkan aksi menyerang dan peluang terbaik Pahang hadir menerusi Rosdi Talib pada minit ke-54 tapi bola sedikit tersasar di palang.

Bagi UPB-My Team pula, pemain importnya, Andress Sebatian Romano dan Mijo Dadic turut memiliki beberapa peluang tapi berjaya disekat pemain pertahanan tuan rumah.

Mengulas kemenangan itu, pengurus Pahang, Omar Othman berbangga dengan kejayaan yang dilakukan pemainnya hingga memberikan kemenangan pertama di gelanggang sendiri.

“Saya harap pemain dapat mempamerkan prestasi membanggakan pada perlawanan akan datang bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Super,” katanya.

-Harian Metro, 16 January

 

 

Pahang Beat UPB MyTeam 1-0

Pahang collected three points after beating UPB-MyTeam 1-0 in their Super League football match at the Darul Makmur Stadium, here tonight.

The homesters' goalmouth was tested in the 26th minute by a powerful shot by Muhamad Zamri Chin from inside the box but Pahang's custodian Mohd Iqbal Mohd Suhimi was ready to thwart the threat.

The homesters had the chance to break the deadlock in the 54th minute but Rosdi Talib's attempt in front of UPP- MyTeam's yawning goalmouth went just inches above the bar.

Pahang continued their assault but again was let down by poor finishings in the 76th minute when Norhafiz Zamani Misbah made a neat cross, only to find Hairuddin Omar failing to head the ball home.

Import player from Morocco, Redouane Barkaou emerged the hero of the long night when in the 90th minute, he headed the ball home off a cross by Tg Hasbulah Raja Hassan.

-Bernama (English), 16 January

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-14 JANUARY 2008

Bojan Puas Hati Dengan MyTeam

Aksi bertenaga pada separuh masa kedua mengubah terus corak permainan UPB-MyTeam pada separuh masa kedua seterusnya mencatatkan kemenangan sulung mereka pada musim ini apabila menumpaskan Perlis 4-2 di gelanggang sendiri.

Jurulatih MyTeam, Bojan Hodak, menganggap kebangkitan pasukannya bermula pada separuh masa kedua yang mengubah terus tempo permainan sekali gus menghukum kealpaan benteng Perlis yang selesa mendahului pada separuh masa pertama dengan 2-0.

‘‘Pemain saya dapat mengubah corak permainan pada separuh masa kedua dengan melakukan serangan bertali arus ke kubu Perlis pada separuh masa kedua,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia kelmarin.

Menurut Bojan, kekuatan mental menjadi punca utama kebangkitan MyTeam walaupun sudah ketinggalan dengan dua gol kepada pasukan yang lebih bagus.

‘‘Masalah utama pasukan MyTeam sebelum ini ialah kesukaran untuk menjaringkan gol dan masalah itu dapat diselesaikan pada malam ini dengan barisan penyerang menyumbat tiga gol selain satu gol dijaringkan oleh pemain pertahanan Mijo Dadic.

‘‘Selain itu pemain juga sudah dapat membina keyakinan dengan dapat menguasai sepenuhnya permainan pada separuh masa kedua dan saya dapat melihat sendiri bagaimana mereka cuba untuk merapatkan jurang go,’’ jelasnya.

Mengenai penyerang muda bawah 23 tahun Malaysia Zamri Chin yang meledak dua gol, Bojan menyifatkan ia sebagai satu petanda yang baik walaupun buat pertama kali meletakkan pemain itu dalam kesebelasan utama dan bermain sepenuh masa.

‘‘Saya masih memantau perkembangannya dan belum membuat keputusan lagi sama ada untuk meletakkannya sebagai pemain utama atau pemain gantian pada perlawanan seterusnya tetapi aksinya pada malam ini cukup memukau.

‘‘Kemenangan malam ini juga banyak bergantung kepada penyerang gantian Haris Safwan yang dimasukkan pada separuh masa kedua banyak membuka ruang dan mengucarngacir pertahanan Perlis,’’ kata Bojan.

Mengenai mutu pengadilan yang selama ini sering dipersoalkan, Bojan berkata, dia tidak boleh memberi apa-apa komen mengenai hal tersebut walaupun dua gol MyTeam pada separuh masa pertama dibatalkan akibat ofsaid.

Pasukan MyTeam berjaya melonjak ke tangga kesebelas liga dan sebelum ini menghuni di tangga tercorot dengan mengutip lima mata selepas sekali menang, dua kali seri dan empat kali tewas.

Selepas ini MyTeam akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur untuk perlawanan seterusnya menentang pasukan Pahang esok.

-Utusan Malaysia, January 14, 2008

 

 

MyTeam Baham Singa Utara

SELEPAS enam perlawanan tanpa sebarang kemenangan, UPB MyTeam akhirnya membuat kejutan menumpaskan bekas juara Piala Malaysia, Perlis 4-2, kelmarin.

Penuh emosi kegembiraan penjaring dua gol, Muhammad Zamri Chin menyifatkan malam kelmarin adalah milik mereka.

“Kami tak sangka setelah ketinggalan dua gol, akhirnya bangkit dan berjaya membalas empat gol. Sepanjang tujuh perlawanan, inilah perlawanan pertama yang kami menang dan dapat tiga mata mutlak.

“Dua gol yang saya jaringkan benar-benar bermakna,” katanya berazam untuk meningkatkan usaha memburu seberapa banyak gol menentang Pahang kelak.

Sementara itu jurulatih penjaga gol, Rashid Hassan berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Syed Adney Syed Hussein walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

-Harian Metro, January 14, 2008

 

 

UPB-MyTeam Mula Dapat Rentak Kemenangan

KEMENANGAN 4-2 ke atas Perlis malam kelmarin jelas sekali menyuntik keyakinan baru buat skuad UPB-MyTeam.

Ketinggalan 0-2 pada babak pertama, skuad Bojan Hodak itu bangkit dengan meledak empat gol pada babak kedua, sekali gus melakar kemenangan pertama mereka dalam penampilan sulung Liga Super musim ini.

Walaupun kecewa dengan tiga kekalahan sebelum ini, kelmarin Bojan sudah mula boleh menarik nafas lega apabila dua jaringan Muhamad Zamri Chin dan satu masing-masing menerusi Norshahrul Idlan Talaha dan Mijo Dadic menghadiahkan kemenangan yang dicari-cari mereka selama ini.

“Sudah pasti saya gembira dengan kemenangan pertama ini,” kata Bojan semalam.

“Jelas sekali kami beraksi lebih baik sepanjang babak kedua berbanding Perlis. Haris Safwan dan Zamri juga beraksi cemerlang dan ia sesuatu yang melegakan saya.

“Saya harap kemenangan ini dapat mengurangkan tekanan yang dialami pemain selepas kami gagal dalam tiga perlawanan sebelum ini. Saya juga harap ia akan me- nyuntik lagi semangat pemain muda skuad ini,” jelas Bojan lagi.

Menurut beliau, pemain-pemain mudanya banyak melakukan kesilapan individu pada babak pertama.

Namun, selepas memberi kata dua kepada pemainnya di bilik persalinan, jelas ia telah berjaya mengubah suasana permainan.

“Kami kurang menyerlah dan banyak melakukan kesilapan individu pada babak pertama.

“Tapi selepas saya menasihati mereka mengurangkan kesilapan ketika masa rehat, jelas sekali ia membuka kembali minda pemain-pemain muda ini.

“Keseluruhannya, saya amat puas hati dengan aksi pemain semalam (kelmarin) dan peningkatan yang mereka pamerkan amat menakjubkan,” ujar jurulatih dari Croatia itu lagi.

Selain mengharapkan rentak kemenangan ini diteruskan, Bojan juga memberi- tahu, beliau tidak akan mengubah barisan pemainnya menjelang pertemuan dengan Pahang di Stadium Darul Makmur esok.

“Tiada sebab saya merombak barisan pemain ini. Mereka beraksi dengan baik dan menunjukkan persefahaman yang bagus. Jadi saya akan kekalkan barisan ini pada pertemuan dengan Pahang nanti.

“Jika kami beraksi seperti babak kedua apabila berdepan Pahang nanti, saya rasa kami mampu meneruskan kemenangan ini. Apapun kita lihat saja nanti,” tambahnya lagi.

-Kosmo!, January 14, 2008

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-13 JANUARY 2008

In another match, UPB-MyTeam, anchored at the bottom of the 13-team table before last night’s matches, showed plenty of resilience to fight back from two goals down to beat Perlis 4-2 at the MBPJ Stadium in Kelana Jaya.
It was the first win of the season for MyTeam, pushing them up two places with five points.
Perlis went into the break 2-0 up, thanks to goals by Rudie Ramli (28th minute) and Phillimon Chepita (34th).
MyTeam came back after the breather refreshed and recharged to hit four goals past Perlis. Norsharul Idlan Talaha (50th) reduced the deficit before Zambri Chin (68th, 90th) and Mijo Dadic (73rd) completed the unlikely comeback.

-excerpts from Top 3 Surge Ahead, The Star, January 13, 2008

 

 

UPB-MyTeam mengejutkan bekas juara Piala Malaysia, Perlis 4-2 di Stadium MBPJ untuk melakar kemenangan pertama mereka musim ini.

Dua jaringan Zamri Chin pada minit 61 dan 83, manakala gol daripada Norshahrul Idlan Talaha (55) dan Mijo Dadic (73) membolehkan tuan rumah mengutip tiga mata penuh, sekali gus terkeluar daripada kedudukan tercorot.

Kedua-dua jaringan Perlis, juara Piala Sumbangsih pula dijaringkan oleh Rudie Ramli pada minit ke-27 dan Philemon Chiepita, minit ke-34.

-excerpts from Kedah Kekal Pendahulu, Utusan Malaysia, January 13, 2008

 

 

Di Stadium Petaling Jaya, UPB MyTeam akhirnya mencatat kemenangan sulung apabila menang 4-2 ke atas Perlis.

Perlis mendahului 2-0 menerusi gol Rudie Ramli pada minit ke-28 dan Phillimon Chipeta, minit ke-34. Tetapi kebangkitan babak kedua menyaksikan gol-gol Norshahrul Idlan Talaha (m55), Muhamad Zamri Chin (m61, 89) dan Mijo Dadic (m73) mengesahkan kemenangan itu.

-excerpts from Kedah Tunjuk Taring Ratah Perak, Berita Harian, 13 January 2008

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-7 JANUARY 2008

Meanwhile, Kedah are back at the top of Malaysian Super League (MSL) table following their 2-0 win against UPB MyTeam at the Darulaman Stadium.

Two goals by St Kitts striker Marlon Alex James - in the 15th and 79th minutes - helped the leaders keep their unbeaten home record.

"It was a match that tested us to the limit but the players held on admirably," said Kedah coach Azraai Khor.

"I am happy that we are back at the top."

While Kedah rejoice, UPB MyTeam are having a poor run. From six matches to date, they have yet to win a single one and the signs are not very good for the team.

-excerpts from TFA Unhappy With Ref, New Straits Times 7 January, 2008

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-6 JANUARY 2008

Striker Marlon James (pic) was the hero as defending champions Kedah regained the lead in the Super League with a 2-0 win over basement side UPB-MyTeam at the Darulaman Stadium in Alor Star last night.

The St Vincent forward scored a brace in the 15th and 79th minutes to sink winless UPB-MyTeam and send the Canaries to the top of the standings with 13 points.

-excerpts from Kedah Back On Top, The Star 6 January, 2008

 

 

Penyandang juara, Kedah merampas kembali kedudukan pendahulu selepas membenam UPB-MyTeam 2-0 di Stadium Darul Aman.

Kedua-dua gol Kedah dijaringkan penyerangnya Marlon Alex James minit ke-15.

Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling mengasak, namun pada minit ke-79 James menghidu peluang gol yang ada untuk menjadikan kedudukan 2-0.

-excerpts from Kedah Kembali ‘Bertakhta’, Utusan Melayu 6 January, 2008

 

 

Di Stadium Darulaman, Marlon menyumbat gol pertama pada minit ke-15 apabila mengutip umpanan Ahmad Fauzi Shaari sebelum memusingkan badan dan meledakkan rembatan deras menewaskan penjaga gol UPB MyTeam, Syed Adney Syed Hussein.

Gol kedua penyerang import berbisa itu dihasilkannya pada minit ke-79 apabila cubaan awal Ahmad Fauzi yang cuba dikeluarkan bek lawan, Milo Dadic singgah ke kakinya untuk mudah ditolak ke sasaran.

-excerpts from Terengganu Gagal Pertahan Kedudukan, Berita Harian 6 January, 2008

 

 

KEDAH defeated UPB MyTeam 2-0 at the Darulaman Stadium last night to go top of the Malaysian Super League table.

excerpts from Kedah Regain Top Spot, New Straits Times, 6 January, 2008

 

 

Kedah Beat UPB Myteam 2-0

Kedah beat UPB/Myteam 2-0 in a Super League match at Stadium Darul Aman here tonight.

The Canaries two goals came from prolific striker Marlon Alex James in the 15th and 79th minutes.

The first goal was courtesy of some sleek passing by Ahmad Fauzi Shaari who sent Marlon through to put the ball past UPB/Myteam goalkeeper S. Adney S. Hussein.

The second goal also came via Ahmad Fauzi whose lob was met by a header from Mijo Dadic which some how found Marlon who gleefully slammed the ball home.

--Bernama (English Version), 6 January, 2008

 

 

Kedah Tewaskan UPB Myteam 2-0

Kedah kembali menunjukkan prestasi cemerlang apabila mengalahkan UPB/MyTeam 2-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Darul Aman di sini malam ini.

Kedua-dua gol Kedah dijaringkan penyerang berbisanya Marlon Alex James.

Gol pertama Kedah diperolehi pada minit ke-15, apabila Ahmad Fauzi Shaari bijak bermain satu dua dengan James dan James merembat masuk bola menewaskan penjaga gol UPB/MyTeam, Syed Adney Hussein.

Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling mengasak dengan mendapat beberapa percubaan, namun pada minit ke-79 James menghidu peluang gol yang ada untuk menjadikan kedudukan 2-0.

--Bernama (Malay Version), 6 January, 2008

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-5 JANUARY 2008

Kedah set sights on beating MyTeam

PENANG: Treble winners Kedah hope to bounce back from two away defeats when they entertain UPB-MyTeam in a Super League clash at the Darulaman Stadium in Alor Star tonight.

Consecutive away losses to Terengganu (1-3) on Dec 23 and Brunei DPMM (0-2) on Tuesday, saw the Canaries relinquishing their top spot to Terengganu.

The Turtles lead the standings with 13 points while Perlis, Kedah, Negri Sembilan and Selangor are all on 10 points.

But Kedah coach Mohd Azraai Khor is not too worried about their latest setback.

“We have just played six matches thus far ... there is still time for us to recover from this setback,” he said. “Moreover, we are still within striking distance of Terengganu. What’s important for us now is to quickly get back to winning ways, starting with UPB-MyTeam.”

But they will have to do it without the services of national defender V. Thirumurugan, who are suspended after picking up a third booking in Brunei on Tuesday.

But Kedah are not fretting as Mohd Azraai has either Sobree Abu or Fazliata Taib as replacement.

-The Star, January 5, 2008

 

 

Di Stadium Darulaman, hanya kemenangan mampu mengembalikan semula maruah UPB-MyTeam yang ketika ini terperosok ke tangga terbawah Liga Super dengan hanya dua keputusan seri daripada lima perlawanan awal mereka pada musim penuh mencabar ini.

"Kami perlu mendapatkan kemenangan pertama kerana sebelum ini kami banyak kehilangan mata. Ada perlawanan kami sepatutnya menang tetapi hanya berupaya seri ataupun kalah dan kami harus mengelakkannya daripada berulang," kata pemain MyTeam, Juzaili Samion yang berharap mampu mencari ramuan kemenangan yang masih belum kunjung tiba sejak bermulanya musim 2007-2008.

-excerpts from Kelebihan Memihak Terengganu, Berita Harian January 5, 2008

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-3 JANUARY 2008

Siapa Betul, Siapa Salah - Bojan Hodak

Jurulatih UPB-MyTeam, Bojan Hodak terus menyalahkan pengadil atas kekalahan pasukannya buat kali ketiga dan terbaru di tangan Pulau Pinang 1-2 di gelanggang sendiri.

Menurut Bojan, pasukannya bermain baik tetapi corak pengadilan merosakkan perancangannya sekali gus menggagalkan peluang anak-anak buahnya untuk mencatat kemenangan sulung.

“Ini bukan kali pertama berlaku kepada pasukan MyTeam tetapi kali ketiga kami dirompak. Saya tidak dapat bersabar dengan apa yang berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas perlawanan, kelmarin.

Bojan mendakwa, pada perlawanan menentang Perak dan Johor FC, pasukannya tewas bukan disebabkan persembahan buruk anak-anak buahnya tetapi disebabkan mutu pengadilan.

“Saya tidak gembira kerana pasukan saya kalah dan saya juga tidak gembira dengan peranan pengadil melayangkan kad merah kepada pemain saya (Miljan Radovic) serta seorang pemain Pulau Pinang (Mat Saful Mohamad) tanpa sebarang sebab munasabah,” tegasnya.

Mengenai tahap permainan pasukannya, Bojan amat berpuas hati dengan pemainnya yang banyak mencipta peluang di hadapan gol lawan.

“Banyak peluang untuk menjaringkan gol oleh rangkaian penyerang Haris Safwan dan Sebastian Romano tetapi sayang sekali mereka masih belum menemui sentuhan pemusnah.

“Dalam permainan bola sepak anda perlu tahu untuk beraksi dengan cemerlang, anda tidak melepaskan sebarang gol dan pada masa yang sama menjaringkan seberapa banyak gol,” jelasnya.

-Utusan Malaysia, 3 January 2008

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-2 JANUARY 2008

Pasukan tercorot, Pulau Pinang pula mencatat kemenangan pertama musim ini selepas menewaskan UPB-MyTeam 2-1 di Stadium Petaling Jaya.

Farizal Rozali membuka jaringan buat Pulau Pinang pada minit ke-21 diikuti gol kedua Zulhisham Jamaluddin minit ke-59.

Gol UPB-MyTeam pula dijaringkan Harris Safwan empat minit kemudian.

-excerpts from Terengganu Tawan Liga, Utusan Malaysia, 2 January 2008

 

 

Penang secured their first win of the season by beating UPB-MyTeam 2-1 at the Kelana Jaya Stadium.

-excerpts from Terengganu Win Derby To Go Top, New Straits Times, 2 January 2008

 

 

Dalam pertembungan dua pasukan terbawah, Pulau Pinang melakar kemenangan sulung apabila menewaskan UPB MyTeam 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Pulau Pinang mendahului pada minit ke-21 menerusi Farizal Rozali sebelum Zulhissyam Jamaluddin membolehkan pelawat berkedudukan 2-0 hasil golnya pada minit ke-59.

UPB MyTeam beroleh gol tunggal menerusi sepakan penalti Haris Safwan pada minit ke-63. Keputusan itu bermakna Pulau Pinang ‘berjaya’ meninggalkan kedudukan terbawah untuk kini diisi UPB MyTeam.

-excerpts from Terengganu Ambil Alih Pendahulu, Berita Harian, 2 January 2008

 

 

In PETALING JAYA, Penang recorded their first win after three defeats and two draws when they edged UPB/MyTeam 2-1 at the Petaling Jaya City Council Stadium.

Penang's Farizal Rozali opened scoring in the 21st minute before team mate Zulhissyam Jamaluddin made it 2-0 in the 59th minute.

UPB MyTeam replied through a penalty kick taken by Mohd Haris Safwan Kamal in the 62nd minute.

-excerpts from Perlis Humble Selangor, Brunei Upset Leaders Kedah, Bernama (English) 2 January 2008

 

 

Di PETALING JAYA, Pasukan Pulau Pinang berjaya mencatat kemenangan pertama mereka apabila menewaskan pasukan UPB/MyTeam 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.

Kemenangan ini adalah yang pertama buat pasukan dari Pulau Mutiara itu setelah mengalami tiga kekalahan dan dua keputusan seri daripada lima perlawanan sebelum malam ini.

Farizal Rozali membuka jaringan untuk pasukan pelawat itu pada minit ke-21.

Penyerang Skuad Pulau Pinang kemudiannya menjaringkan gol kedua buat pasukan sebelum Zulhissyam Jamaluddin mengukuhkan kedudukan dengan jaringan kedua pada minit ke-59.

Pasukan tuan rumah UPB MyTeam memperoleh jaringan tunggal menerusi sepakan penalti yang dijaringkan Mohd Haris Safwan Kamal pada minit ke-62.

-excerpts from Perlis Tambah Derita Selangor, Bernama (Malay) 2 January 2008

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-1 JANUARY 2008

MyTeam and Penang, the two bottom league teams, will face off at the MBPJ Stadium in Kelana Jaya today. Both teams have yet to notch a single win so far.

-excerpts from Selangor Prepare For Huge Test, New Straits Times 1 January 2008

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-31 DECEMBER 2007

The Sarawak football team finally claimed their first win in the Super League against UPB-MyTeam at the Sarawak Stadium, here, on Saturday.

The Crocs gathered their full strength to beat the visitors after suffering three consecutive losses to the Police, Terengganu and Selangor respectively.

MyTeam thought that they were able to bring the State team down with their lead in the first half, with Mijo Dadic scoring in the 20th minute.

But Sarawak are determined not to let the match be their fourth loss and Kalang Tie attacks bore fruit, proving that the team can win the match after he scored two goals in the 22nd and 34th minute.

M. Saravanan scored another in the 32nd minute and MyTeam were put in shambles when State’s favourite Safri Amit scored Sarawak’s fourth goal in the 73rd minute to give them the long-awaited victory at home.

-excerpts from Crocs Run Riot To First Win Of Season, Eastern Times, 31 December 2007

 

 

The inclusion of Guinea’s Saifoulaye Camara provided the spark and in the end, the Crocs’ hunger to break a losing jinx helped them overcome UPB-MyTEAM 4-1 at Sarawak Stadium on Saturday.

Sarawak’s first win after four games without a single point to show was greeted by a hugely relieved Mohd Mentali who thanked the management as well as giving credit to his boys for putting up a good fight.

Admitting that the introduction of new signings — Camara and Kuala Lumpur-born S. Sunder — did give the team more balance, the coach said with the win, the Crocs were more confident now to face the battles ahead starting with Perak away next.

“We are now playing catch-up at last with the rest of the teams (in the Super League) but the important factor in our win is that the players were hungry and willing to fight.

“We are now a stronger team with new quality players coming in as replacements and we are still looking for more local players to strengthen the side and maintain the momentum,” said Mentali.

The coach said he expected new striker Nyom Nyom Aloys from Cameroon to join the team and add another dimension to the Crocs’ forward line.

In the match against UPB-MyTEAM, Sarawak strikers Joseph Kalang Tie and Mohd Safri Amit showed a marked improvement as they did well to put three — Joseph bagged a brace — past UPB-MyTEAM goalkeeper Mohd Faizal Abdul Rashid although Safri also wasted numerous chances.

Left-back M. Saravanan scored a cracker from 20 metres to add to the 4-1 scoreline.

The Crocs, going into the match having let in 15 goals after just only four games, were better defensively this time with another Guinean, centre back Sylla Mansa, outstanding.

He also had a hand in the first goal scored by Joseph in the 23rd minute.

Sarawak did not give the visitors time and space, forcing them into making mistakes right from the start of the whistle.

Meanwhile, UPB-MyTEAM coach Bojan Hodak said: “We played badly … Sarawak attacked throughout the match while we wanted to relax from the start.

“You can’t defend and not attack in the whole 90 minutes and expect to win … the problem with our team could be due to two of our key players missing.

“One of our national Under-23 player was unavailable while a foreign player suddenly went missing.”

“Sarawak were more hungry than our team and that is why they won,” he added.

-excerpts from Crocs end losing run in style, Borneo Post 31 December 2007

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-30 DECEMBER 2007

Di Stadium Sarawak, Kuching pula, tuan rumah turut berpesta gol dengan menewaskan UPB-MyTeam 4-1 untuk mencipta kemenangan pertama mereka musim ini daripada lima perlawanan.

Joseph Kallang menjaringkan dua gol buat Sarawak pada minit ke-22 dan 34 manakala dua lagi gol disumbang M. Saravanan (m-32) dan Safri Amid (m-73).

Gol sagu hati yang diperoleh UPB-MyTeam pula dijaringkan Mijo Dadic pada minit ke-20.

-excerpts from Kedah Belasah Selangor, Utusan Malaysia 30 December 2007

 

 

Di Stadium Sarawak, Sarawak melakar kemenangan sulung apabila membelasah UPB-Myteam 4-1 untuk memberi pengajaran berguna buat pendatang baru Liga Super itu.

Pelawat membuka tirai jaringan menerusi tandukan Mijo Dadic pada minit ke-20 hasil bola sepakan sudut Mohd Nazrin Mohd Nawi, namun kelebihan itu hanya bertahan dua minit apabila Joseph Kallang Tie menyamakan kedudukan menerusi rembatan voli daripada dalam kawasan penalti.

Sarawak kemudian mendahului menerusi M Saravanan pada minit ke-32, hasil sepakan lambung daripada jarak 20 meter. Dua minit kemudian, gol ketiga dimiliki Sarawak menerusi Joseph yang sekali lagi menembusi gawang kawalan Mohd Faizal Rashid.

Parah derita pasukan bimbingan Bojan Hodak dilengkapkan Safri Amit dengan gol keempat pada minit ke-73, berpunca kesilapan Mijo Dadic yang hilang penguasaan bola dalam kawasan penalti untuk Safri mudah menolak masuk ke sasaran.

-excerpts from Johor FC Kekal Tanpa Kalah, Berita Harian 30 December 2007

 

 

In KUCHING, Sarawak who have been languishing at the bottom of the table, chalked their first victory this season when they whipped UPB-MyTEAM 4-1 at the Sarawak Stadium.

UPB-MyTEAM opened scoring through Mijo Dadic in the 20th minute but Joseph Kalang Tie equalised for the hosts two minutes later.

M. Saravanan put them ahead in 32nd minute, Joseph Kalang made a brace for himself in the 34th minute while Mohd Safri Amit completed UPB-Myteam's misery in the 73rd minute.

-Kedah Knock Selangor Off The Perch, Bernama (English) 30 December 2007

 

 

Di Kuching, Sarawak yang menduduki tangga tercorot liga mencatat kemenangan pertama musim ini selepas menewaskan UPB-MyTEAM, 4-1 di Stadium Sarawak.

UPB-MyTEAM membuka jaringan melalui tandukan Mijo Dadic hasil tendangan sudut Mohd Nazrin Mohd Nawi pada minit ke-20, namun penyerang tuan rumah Joseph Kalang Tie menyamakan kedudukan pada minit ke-22.

Sarawak mula menjarakkan jaringan pada minit ke-32 menerusi M. Saravanan sebelum Joseph Kalang menjaringkan gol ketiga pasukannya pada minit ke-34.

Mohd Safri Amit dengan mudah menjaringkan gol keempat Sarawak selepas penjaga gol UPB-MyTEAM, Mohd Faizal Abdul Rashid gagal menangkap kemas rembatan kencang pemain Sarawak itu pada minit ke-73.

-excerpts from Kedah Di Tangga Teratas Selepas Belasah Selangor 6-2, Bernama (Malay) 30 December 2007

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-29 DECEMBER 2007

Major Blow For Myteam As They Lose Their Top Scorer

Super League newcomers UPB-My Team have been dealt a severe blow following the departure of their top goal poacher Croatian Marin Mi-kac (pic).

Last season's Premier League top scorer played in UPB's opening Super League match against Perak on Nov 21. The Croatian then left for home after that match to look into family matters.

The attacking midfielder later informed the team that he wouldn’t be available for another six to seven weeks.

However, the team decided that they cannot afford to play without him for such a long period with the Super League kicking into high gear after the break for the SEA Games and have decided to discontinue his service.

“It's a big loss to the team. Mikac is one of the best players in the league and it's going to be hard to replace him,” said UPB-MyTeam coach Bojan Hodak.

“With so many matches coming up in the next six to seven weeks we just couldn't wait for him and we had to make the decision to let him go.”

Serbia Montenegro midfielder Miljan Radovic will be replacing Mikac and he's available for the team's match against Sarawak in Kuching tonight.

“We have carefully checked Radovic's background before hiring him. He has played for top clubs in his country and Slovenia,” said Hodak.

“We needed a player who could hold the ball in midfield and Radovic will be used for that. He needs time to adapt to local conditions because it's winter now in his home country. He still looks a bit sluggish in training.”

Meanwhile, UPB-MyTeam will be looking for their first win in the top flight when they take on bottom-place Sarawak.

UPB-Team's have so far lost to Perak (0-1) and drew with Negri (1-1) and Johor FC (2-2).

“We have a young team and we did not have several key players because of international assignment. Slowly we are managing to get all of them together. The last two matches we had problems with the refereeing.

“If the players play well and there are no problems with the referee then we should be able to win our first match of the season,” added Hodak.

-The Star, 29 December 2007

 

 

Sarawak provided the big news of the night when they coast to their first win of the season with a 4-1 thrashing of MyTEAM at the Stadium Sarawak.

Despite taking a 1-0 lead off Mijo Dadic in the 20th minute, MyTEAM just could not maintain their composure as Joseph Kallang found the space and time for the equaliser two minutes later.

Inspired, the Crocs added further goals off M. Saravanan (32nd minute), Faizal Rashid (34th minute) and Safri Amit (73rd minute) for their first three points to move up to 11th spot – ahead of MyTEAM and Pulau Pinang.

-excerpts from Kedah Move Up To Top Spot, FAM Website, 29 December 2007

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-24 DECEMBER 2007

In PETALING JAYA, hosts UPB-MyTEAM drew 2-2 with Johor FC at the Petaling Jaya Stadium.

The visitors were gifted a penalty in the 35th minute which was converted by Eddy Helmi Abd Manan before Mohd Haris Safwan Kamal equalised in the 60 minute.

Andres Sebastian Romano again put Johor FC in the lead in the 70th minute but was cancelled out by Madzlan Emoi in the 85th minute.

-excerpts from Selangor In The Driver's Seat, Bernama (English Version) 24 December 2007.

 

 

Di PETALING JAYA, UPB-MyTEAM terikat 2-2 dengan Johor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penalti yang dijaringkan oleh Eddy Helmi Abd Manan pada minit ke-35 sebelum Mohd Haris Safwan Kamal menyamakan kedudukan pada minit ke-60.

Jaringan Andres Sebastian Romano pada minit ke-70 membolehkan Johor FC sekali lagi berada di depan tetapi Madzlan Emoi berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-85.

-excerpts from Selangor Kuasai Liga Super, Bernama (Malay Version) 24 December 2007.

 

 

At the MBPJ Stadium in Kelana Jaya, UPB-MyTeam have to settle for a 2-2 draw with Johor FC. MyTeam had full control of the proceedings in the first half but ended up trailing 0-1. The homesters had three clear chances within the first five minutes but Johor FC goalkeeper Anis Faron Arsidi managed to get his hands to the ball each time.  MyTeam were punished for spurning their chances as Johor FC earned a penalty in the 36th minute when Argentine import Gustavo Fuentes was brought down inside the box by Mohd Nazrin Mohd Nawi following a quick counter-attack.  Tengku Hamzah Raja Hassan's spotkick was saved by MyTeam goalkeeper Syed Adney Syed Hussain but the rebound fell kindly for Eddy Helmi Abdul Manan to blast home.  MyTeam finally found their scoring touch in the 61st minute. Argentine Andres Sebastian Romano sent a through-ball to Harris Safwan Kamal, who slotted the ball past goalkeeper Mohd Anis.  The homesters went ahead in the 78th minute when Johor FC defender Mohd Hamzani Omar brought down Romano to concede a penalty. Romano's spotkick was saved by Mohd Anis only for the burly Argentine to head home the rebound.  Johor FC claimed the equaliser when Fuentes lashed home a free kick by Madzlan Emoi in the 85th minute.

-excerpts from Selangor Down Penang As Kedah Fall To Terengganu, The Star 24 December 2007.

 

 

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MyTeam hanya mampu seri 2-2 dengan Johor FC.

Eddy Helmi Manan menjaringkan gol pembukaan pasukan pelawat pada minit ke-36, namun Haris Safuan Kamal menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-62.

Andres Sebastian Romano kemudian membolehkan tuan rumah mendahului 2-1 pada minit ke-78, namun Andrea Gustavo memastikan Johor FC berkongsi mata selepas menyamakan kedudukan 2-2 ketika saingan hanya tinggal lima m.

-excerpts from Kedah Tumbang Di Tangan Penyu, Utusan Melayu 24 December 2007.

 

 

UPB-MyTeam were left searching for their first win of the season after being held 2-2 by Johor FC at the Petaling Jaya Stadium.

-excerpts from Selangor Scramble To Top, New Straits Times 24 December 2007.

 

 

Di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, Johor FC mengikat tuan rumah, UPB-MyTeam 2-2.

Pasukan pelawat terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-36 selepas sepakan penalti diambil kapten pasukan, Tengku Hazman Raja Hassan berjaya ditampan penjaga gol MyTeam, Syed Adney Syed Hussein. Eddy Helmi Manan, segera memanfaatkan bola yang muntah untuk gol pertama Johor FC.

Tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi penalti Mohd Haris Safwan Kamal minit ke-61.

Andres Sebastian Romano meletakkan MyTeam di depan pada minit ke-78 sebelum Johor FC menjadikan kedudukan 2-2 menerusi jaringan lewat Gustavo Fuentes lima minit sebelum tamat.

-excerpts from Terengganu Calar Ego Hijau Kuning, Berita Harian 24 December 2007

 

 

Gol Fuentes Legakan Lebah

JARINGAN lewat permainan penyerang Johor FC, Andres Fuentes Gustavo membantu pasukannya mengikat keputusan seri, 2-2 menentang UPB-MyTeam pada pertemuan Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam tadi.

Penyerang tinggi lampai itu menolak mudah bola hantaran sepakan percuma pemain gantian, Madzlan Emoi dalam situasi kelam kabut depan gawang untuk menewaskan penjaga gol MyTeam, Syed Adney Syed Hussein pada m-85.

Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid menyifatkan anak buahnya beraksi di bawah keupayaan sebenar terutamanya barisan pertahanan yang dilihat agak goyah akibat asakan bertali-arus jentera serangan MyTeam sepanjang babak kedua.

"Kombinasi pemain belum memuaskan, mungkin kerana saingan musim ini masih terlalu awal. Tapi, prestasi pemain kian meningkat berbanding menentang DPMM FC, minggu lalu.

"Semua pemain bekerja keras dan saya puas hati prestasi mereka malam ini (semalam). Tapi saya harap jentera serangan kami lebih tajam menjelang pertemuan berikutnya," katanya.

Sementara itu, jurulatih MyTeam, Bojan Hodak menyalahkan pengadil bertugas, Shokri Nor kerana tidak peka dengan situasi perlawanan hingga menggagalkan skuadnya meraih tiga mata berharga.

"Saya tidak tahu punca penalti yang menghasilkan gol pertama lawan. Malah, penjaga garisan kerap melepaskan pemain lawan sekalipun dalam situasi ofsaid.

"Sekalipun banyak peluang, saya tidak salahkan penyerang terutamanya Romano (Andres Sebastian) kerana dia masih belum sesuaikan diri dengan cuaca dan corak Liga Malaysia," katanya.

-Harian Metro, 24 December 2007

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-23 DECEMBER 2007

MyTeam host Johor FC and their target will be their first three points after having drawn one and lost one.

-excerpts from Dollah : Let's Aim For Consistency, New Straits Times 23 December 2007.

 

 

UPB-MyTeam akan mencari penguasaan awal apabila menentang Johor FC di tempat sendiri

-excerpts from Api Kedah, Selangor Membara, Berita Harian 23 December 2007.

 

 

WHAT THE PAPERS SAY-22 DECEMBER 2007

UPB-MyTeam, languishing in 10th place, have yet to get their season going and they are down to face fifth-placed Johor FC at the MBPJ Stadium in Kelana Jaya.

-excerpts from Perak Eager To Resume Super League Campaign, The Star 22 December 2007.

 

 

WHAT THE PAPERS SAY - 19 DECEMBER

NS Naza Gagal Manfaat Kubu Sendiri

NEGERI Sembilan-Naza gagal memanfaatkan aksi di gelanggang sendiri apabila sekadar seri 1-1 kepada pendatang baru Liga Super, UPB MyTeam, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Sekalipun menurunkan pasangan kembar yang juga dua tonggak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, namun misi untuk mengutip mata penuh di hadapan kira-kira 2,000 penyokong tidak kesampaian.

Sebaliknya kelincahan kedua-dua pemain berkenaan bersama Shahurain Abu Samah yang bertindak selaku penggempur bersama Mohd Lamin Conteh Al-Hidayah belum cukup mantap apabila beberapa percubaan dalam tempoh 30 minit perlawanan berjaya dipatahkan pertahanan pelawat.

Namun usaha mendapatkan gol akhirnya tercapai apabila Mohd Zaquan menyudahkan hantaran Mohd Lamin dari bahagian tengah ketika penjaga gol MyTeam, Mohd Faizal Rashid yang dicabar Idris Karim gagal menangkap kemas.

Mohd Zaquan yang menyambar bola berjaya menolak masuk ke pintu gol pada minit ke-40, namun jaringan berkenaan tidak dapat bertahan lama apabila pemain import pelawat, Andres Sebastian Romano, menyamakan kedudukan 12 minit kemudian.

Pada separuh masa kedua tidak banyak percubaan berbahaya berjaya dihasilkan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan, sebaliknya anak buah Bojan Hodak berjaya memperkemaskan barisan berbanding pada separuh masa pertama.

-Harian Metro, 18 December 2007

 

 

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan turut berkongsi mata dengan UPB MyTeam selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Negeri Sembilan mendahului menerusi Mohd Zaquan Adha pada minit ke-40 dan usaha memburu gol penyamaan MyTeam berhasil apabila Andres Sebastian Romano menemui sentuhan jaringan pada minit ke-52.

-excerpts from Hatrick Hasmawi Benam Polis, Berita Harian 18 December 2007

 

 

ENGLISH

At Stadium Paroi, Negeri Sembilan, Negeri Sembilan NAZA were also held to a 1-1 draw by newcomers UPB-MyTeam. Negeri Sembilan NAZA's Mohamad Zaquan Adha Razak opened the scoring in the 40th minute before UPB-MyTeam's Andreh Sebehtian Romano replied in the 52nd minute.

-excerpts from Kedah, Selangor Top Super League, Bernama (English) 18 December 2007

 

 

MALAY

Perlawanan di Stadium Paroi pula menyaksikan Negeri Sembilan NAZA terikat 1-1 menentang pendatang baru Liga Super, UPB-MyTeam. Penyerang bawah 23 tahun kebangsaan Mohamad Zaquan Adha Razak membuka jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-40 sebelum pemain import UPB-MyTeam, Andreh Sebehtian Romano menyamakan kedudukan pada minit ke-52.

-excerpts from Kedah, Selangor Terajui Liga Super, Bernama (Malay) 18 December 2007

 

 

WHAT THE PAPERS SAY - 18 DECEMBER

Bagi jurulatih MyTeam, Bojan Hodak pula, ada perkara penting yang perlu diketengahkan menjelang kunjungan mereka ke Paroi menentang NS-Naza.

"Kami dibarisi pemain muda dan kemenangan amat diperlukan bagi mengubat kekecewaan pada perlawanan pertama, baru-baru ini," katanya.

-excerpts from Dollah Resah, Jamak Lega, Harian Metro 18 December 2007

 

 

WHAT THE PAPERS SAY - 8 DECEMBER

Norshahrul Harapan Baru Sathia

Robek gawang Singapura bagi mengintai peluang merebut tiket ke separuh akhir

NORSHAHRUL Idlan Talaha tampak bakal menggalas bebanan penting selaku penyerang utama Malaysia bergandingan dengan Safee Sali dalam percaturan baru jurulatih B Sathianathan untuk merobek gawang Singapura apabila kedua-dua pasukan tetangga itu bertemu, esok bagi mengintai peluang merebut tiket ke separuh kejohanan kali ini.

Pemain UPP-MyTeam itu mendapat kepercayaan Sathia bagi mengisi posisi dikosongkan penyerang utama, Zaquan Adha Abd Radzak yang digantung untuk pertemuan dengan lawan dari negara republik itu selepas menerima kad kuning kedua ketika menentang Laos, Isnin lalu.

"Disebabkan penggantungan ke atas Zaquan, saya bercadang menurunkan Norshahrul bersama Safee di bahagian serangan," kata Sathia selepas sesi latihan di padang Pangkalan Tentera Udara diRaja Thailand, Korat, semalam. "Tetapi saya masih lagi meneliti pilihan lain."

Bagi Norshahrul, dia bertekad untuk membalas kepercayaan jurulatih itu dan memastikan Malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir dari Kumpulan B.

"Saya gembira kerana jurulatih memberi peluang kepada saya untuk menguji saya selaku penyerang bergandingan dengan Safee," kata Norshahrul selepas sesi latihan, semalam. "Saya sudah bersedia menggalas cabaran ini.

"Walaupun dalam kebanyakan perlawanan antarabangsa dan tempatan saya lebih memikul peranan menyokong penyerang dan bermain di belakang penyerang utama, sebenarnya posisi asal saya ialah sebagai penggempur utama.

"Justeru, saya tidak fikir akan wujud masalah untuk saya bergandingan dengan Safee di bahagian depan dan jika diturunkan saya cuba sedaya upaya untuk menjaringkan gol," kata pemain tinggi lampai berusia 21 tahun dari Terengganu, yang ketika ini hanya digunakan selaku pemain simpanan.

Selain Norshahrul, Sathia juga memiliki pemain pantas Samransak Kram untuk posisi penyerang utama serta pemain tengah, Safiq Rahim yang boleh diletak sebagai penyerang jika keadaan memerlukan.

Setakat ini, Malaysia sudah menjaringkan empat gol dengan dua daripadanya disumbat Safee dan setiap satu masing-masing oleh Safiq dan Amirulhadi Zainal.

Selain bahagian serangan, Sathia tampak sudah membuat keputusan mengenai benteng pertahanan dengan S Subramaniam akan bertindak selaku kapten dan digandingkan dengan Aidil Zafuan Abd Razak, manakala Daudsu Jamaluddin dan Sumardi Hajalan akan mengisi dua posisi bahagian sayap.

Kecederaan kepada Amirulhadi turut memaksa Sathia merombak bahagian tengah dengan Nor Farhan Mohammad bakal mendapat peluang diturunkan bersama Safiq, Bunyamin Umar dan Khyril Muhymeen Zambri.

-excerpts from Berita Harian 8 December 2007

 

 

WHAT THE PAPERS SAY -30 NOVEMBER

Azam Adney

SEKIRANYA Malaysia menang menentang Vietnam, pastinya ia menjadi hadiah ulang tahun paling bermakna buat saya," kata penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein, menjelang pertemuan menentang Vietnam, esok.
Syed Adney yang menyambut hari lahirnya ke-21 semalam, berazam tidak mahu membiarkan gawang mudah dibolosi lawan dalam perlawanan sulung mereka.
Justeru, beliau mahu agar rakan sepasukan menampilkan persefahaman sepenuhnya sewaktu aksi sebenar nanti, demi tidak menghampakan penyokong bola sepak tempatan.
"Pasukan ini dibarisi pemain yang bagus dan prestasi kami semakin baik daripada semasa ke semasa.
"Perkara ini dapat dirasai selepas kami mengadakan siri perlawanan persahabatan bersama Thailand, Maldives dan Indonesia sebelum ke sini.
"Apa yang saya harapkan mereka berpeluang mencari gol dan saya akan berusaha mempertahankan gawang daripada bolos," kata anak bongsu dari empat beradik itu.
Dia yang ditemui selepas sesi latihan di Padang Majlis Perbandaran Nakhon Ratchasima, turut berpuas hati dengan persefahaman antara pasukan yang dianggap kunci kepada kejayaan pasukan Malaysia dalam Pestabola Merdeka, Ogos lalu.
"Saya yakin dan bersikap positif terhadap pasukan kami dan jika semuanya mempamerkan prestasi membanggakan, kita mampu menang," tegasnya lagi.
Sesi latihan dua jam itu turut mendapat perhatian wartawan Vietnam yang turut berada di stadium berkenaan untuk meninjau persiapan skuad negara.
Begitupun pengendali pasukan kebangsaaan, B Sathianathan yang enggan menamakan kesebelasan utama seperti diminta wartawan terbabit tetap mengulangi keyakinannya mampu menang ke atas Vietnam.

"Vietnam adalah pasukan yang kuat begitu juga dengan kita," katanya.

-Harian Metro, 30 November 2007

 

 

WHAT THE PAPERS SAY -22 NOVEMBER

Tough Start for MyTeam

Debutants MyTeam had a tough start to their first ever Super League season when they were done in by a late goal from Perak captain Ahmad Shahrul Azhar at the Stadium MBPJ last night.

With the game and the score all even at the break and well into the late stages of the encounter, Ahmad Shahrul’s opportunistic strike with just four minutes remaining on the clock denied what would have been a positive opening show from the club side.

And while MyTEAM were left to rue their missed chances and the failure of their defence to pick out the wily Ahmad Shahrul, the three points were enough for the silver state to garner their second win from two matches and move up to second at the table behind PDRM.

--excerpts from Tough Start for MyTeam, FAM Website 22 November 2007

 

 

Ahmad Shahrul Nets Winner for Perak Against MyTeam

Last season’s runners-up Perak slogged for a 1-0 win over Super League debutants UPB-MyTeam at the MBPJ Stadium in Kelana Jaya last night.

And Perak had to wait until the 86th minute of the match for skipper Ahmad Shahrul Azhar to score the winning goal. It was the second win for Perak in as many matches. They defeated Brunei DPMM 2-0 on Sunday.

The soggy pitch prevented both teams from playing a free-flowing game last night.
MyTeam, who were promoted to the top flight as runners-up in the Premier League last season, were the early aggressors and had a goal disallowed in the fourth minute when Arun Kumar was ruled offside on receiving the ball from Harris Safwan Kamal.

Three minutes later, Croatian striker Marin Mikac nearly put the club side ahead with an attempt from long range. After that, they lost sting in their attack.

Midfielder Mohd Hardi Jaafar, who joined Perak from TMFC, had two good looks at goal in a space of six minutes.

His first attempt, a shot from long range in the eighth minute, sailed just over the crossbar.
Then, MyTeam goalkeeper Faizal Abdul Rashid punched away his free-kick from just outside the penalty box. It was a short clearance from Faizal and the ball took a deflection off his own defender. Fortunately for the out-of-position goalkeeper, the ball bounced over the bar.

Perak then had their best chance to go ahead in the 35th minute though Khalid Jamlus. But his header off a cross from midfielder Shahrulnizam Mustapa was cleared off the line by defender Mijo Dadic.
MyTeam came back stronger in the second-half. In the early minutes, Harris Safwan dribbled past three defenders only to fumble in front of goal with a weak grounder, which was easily saved by Hamsani Ahmad.

Perak’s winner came four minutes from time when Ahmad Shahrul nodded in a cross from substitute Danial Fadzly. 

-The Star, 22 November 2007

 


Polis Makin Garang

Di StadiumMBPJ, Perak turut memahatkan kemenangan kedua apabila menewaskan MyTeam 1-0.
Gol tunggal jaringan ketua pasukan, Ahmad Shahrul Azhar pada minit ke-86 sudah cukup melegakan buat Perak terus mengekori rapat pendahulu Polis

-excerpts from Polis Makin Garang, Uutsan Malaysia 22 November 2007

 


Police Maintain Top Spot in Super League

In PETALING JAYA, club team UPB-MyTEAM were edged 0-1 by Perak in a match at the Petaling Jaya City Stadium.

The visitors, however, had to slog until the 85th minute before their captain, Ahmad Shahrul Azhar, beat the UPB-MyTEAM keeper Mohd Faizal Abdul Rashid.

-excerpts from Police Maintain Top Spot in Super League, Bernama 22 November 2007


 


Kedah Edge Pahang in Kuantan

UPB-MyTeam's introduction to Super League football ended in defeat after they fell 1-0 to Perak at the Petaling Jaya Stadium.

Perak skipper Ahmad Shahrul Azahar was the hero, heading in the winner five minutes from time.

-excerpts from Kedah Edge Pahang in Kuantan, The New Straits Times 22 November 2007

 


Perak Benam UPB-MyTeam

PERAK melakar kemenangan kedua berturut-turut apabila menang 1-0 ke atas UPB-MyTeam.
Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, gol jaringan ketua pasukan, Ahmad Shahrul Azhar empat minit sebelum tamat perlawanan, membantu Perak melakarkan kemenangan kedua berturut-turut mengalahkan UPB-MyTeam 1-0, malam tadi.

UPB-MyTeam terlebih dulu berjaya meletakkan bola ke dalam gawang lawan seawal minit ke-4 ketika benteng pertahanan Perak kelihatan agak rapuh namun jaringan T Arun Kumar, dibatalkan pengadil kerana ofsaid.
Perak yang masih segar selepas kemenangan 2-0 ke atas DPMM di Ipoh Ahad lalu, terlepas peluang terbaik pada minit ke-36, apabila hantaran lintang Shahrulnizam Mustapa dari sebelah kanan ditanduk penyerang utamanya, Khalid Jamlus, tetapi dinafikan di atas garisan gol oleh pertahanan MyTeam, Mijo Dadic.

Satu lagi peluang gagal dimanfaatkan Perak menerusi penyerang Razali Omar pada minit ke-60 tetapi MyTeam lebih kecewa dua minit kemudian apabila percubaan jarak jauh Aslam Najumudeen ketika penjaga gol Perak, Hamsani Ahmad terbaring kesakitan, diselamatkan pertahanan, Chan Wing Hong di atas garian s gol.
Ketika perlawanan tampak terikat seri, Ahmad Shahrul muncul wira Perak sesudah menanduk masuk hantaran lintang Danial Fadzly Abdullah dari sebelah kanan, menewaskan penjaga gol lawan, Faizal Rashid.

-excerpts from Perak Benam UPB-MyTeam, Berita Harian 22 November 2007

 


Darby Puas Menang

WALAUPUN menang tipis 1-0 ke atas UPB-MyTEAM pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi, jurulatih Perak, Steve Darby (gambar) tetap menganggap anak buahnya berada pada tahap membanggakan.

Yang jelasnya, Steve Darby antara individu paling gembira kerana dengan kemenangan itu kerana keputusan berkenaan membolehkan pasukan bimbingannya melonjak ke tangga kedua dalam kedudukan liga.
Ketika mengulas kejayaan itu, Darby berkata, beliau memanfaatkan peluang waktu berehat untuk mengubah corak permainan pada babak pertama yang kelihatan tidak menyengat.

"Saya melakukan perubahan dan ternyata persembahan pada separuh masa kedua lebih bertenaga untuk kemenangan kami," katanya merujuk kepada gol tunggal minit ke-85 menerusi ketua pasukan, Ahmad Shahrul Azhar yang menewaskan penjaga gol UPB-MyTEAM, Mohd Faizal Abdul Rashid.

"Saya sedar perlawanan malam ini cukup sengit kerana UPB-MyTEAM dibarisi pemain muda. Justeru, saya berpesan kepada pemain supaya membawa pulang tiga mata penuh tanpa mengambil kira jumlah gol dijaringkan."

Mengenai persiapan perlawanan akan datang, Darby menganggap tempoh rehat panjang sebulan akan memberi peluang kepadanya untuk memperkemaskan beberapa posisi.

Beliau turut memuji corak permainan terutamanya bahagian pertahanan kerana menjalankan tugas dengan baik bagi mengekang asakan lawan.

-Harian Metro, 22 November 2007

 


Perak Owe It to Ahmad Shahrul

PERAK have to thank captain and midfielder Ahmad Shahrul Azhar for the hard-earned 1-0 win over newly-promoted UPB-MyTEAM at Petaling Jaya Stadium last night. 
The match was heading for a draw when the veteran struck in the 85th minute to the relief of his teammates and travelling fans.

This was Perak’s second consecutive win in the new season. They had earlier beaten DPMM 2-0 at home in their opening match in Ipoh last Sunday.

-excerpts from Perak Owe It to Ahmad Shahrul, Malay Mail 22 November 2007

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY -21 NOVEMBER
UPB-MyTeam Face Fancied Perak In Their Opening Match

UPB-MyTeam will face a stiff baptism of fire in the Super League when they take on last season's runners-up Perak at the MBPJ Stadium in Kelana Jaya here tonight.

The club won promotion to the top flight after finishing as the Premier League runners-up behind Police. They will be hard pressed to emulate Police, who defeated Sarawak 4-1 in their opening match in Kuching on Sunday.

“We have a big task in our opening match because we will be up against one of the strongest teams in the league,” said coach Bojan Hidak. We have to concede that Perak have the better team. But anything can happen in football. A draw in our first match would be a good result for us. But it won't be easy. We also do not have our full team. Four of our regular players are with the national Under-23 team preparing for the SEA Games.” 

The four – Norshahrul Idlan Talaha, Azamuddin Akil, Zambri Chin and goalkeeper Syed Adney Syed Hussain – will only miss the match against Perak because the league takes a three-week break for the Games after tonight's round of fixtures.

Hidak added that it would be a tough season for UPB-MyTeam in the Super League. His pick for the title are defending champions Kedah, Perak, Perlis and Selangor with Terenggnu having an outside chance. 
“These five sides look the most well prepared teams. Our target this season is to finish in mid-table,” said the Croatian.

“We have a good set of young players. The average age of our players is 22 and our aim is to expose these players to the highest level of competition. We hope that they will prove themselves for us to build a stronger side in the coming seasons.”

UPB-MyTeam have also hired two seasoned hands in midfielders Juzaili Samion and Irwan Fadzli Idrus.  
They have also retained former national skipper and defender Kaironnisam Sahabuddin Hussain

-The Star, 21 November 2007

 

 

Perak Waspada Hadapi UPB-MyTeam

Ketiadaan maklumat mengenai UPB-MyTEAM membuatkan Perak bimbang mengenai pendatang baru Liga Super itu apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium MBPJ, malam ini.
Malah bagi Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah, keuapayaan satu lagi pasukan baru ke liga elit itu iaitu Polis membaham Sarawak 4-1, tambah membuatkan Seladang berhati-hati.
"Setakat ini kita tidak mengetahui langsung kemampuan UPB-MyTEAM kecuali mereka adalah naib juara Liga Perdana musim lalu.
"Kita perlu pandang serius setiap pencabar dalam saingan Liga Super. Jika tidak kuat masakan mereka boleh berada dalam elit ini," katanya.
Malah kesungguhan lawan untuk menghadapi perlawanan ini dapat dilihat berikutan kehadiran jurulatih Bojan Hodak di Stadium Perak semasa pertemuan Perak-Brunei DPMM, Ahad lalu.
Justeru Muhiyuddin berharap pemain Perak tidak mengambil mudah perlawanan serta bersikap sambil lewa yang mungkin membawa padah.
Beliau yakin kejayaan 2-0 ke atas Brunei DPMM akan menjadi pendorong dan penyemarak semangat pemain Perak menghadapi pertemuan keduanya itu.
"Saya yakin pemain tahu apa yang perlu dilakukan untuk pertemuan ini. Kekurangan dan kelemahan dalam perlawanan pertama sudah dikenal pasti dan usaha memperbaikinya sudah dilakukan," katanya.

-Harian Metro, 21 November 2007

 

 

UPB-MyTeam, now with Juzaili Samion and Syed Adney on their roster, take on Perak in their opening match at the Petaling Jaya Stadium.

MyTeam will be looking to start on a winning note but their defence will have their hands full trying to contain Perak striker Khalid Jamlus, last season's top scorer.

-excerpts from Argentine Fuentes Adds to Johor FC Muscle, The New Straits TImes 21 November 2007

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY - 18 NOVEMBER
RUNNING IN THE FAMILY

Meeting Malaysia’s veteran goalkeeper, Rashid Hassan, and his sons leaves a lasting impression. Their presence is hard to ignore and though it’s cliché the saying “like father, like son” is obvious as both Rashid’s sons, Fariq, 19, and Faizal, 26, are following daddy’s footsteps in creating career in the football arena.  
Rashid Hassan, 53, is a well known name in the local football arena. He was the goalkeeper for Selangor and as well as KL back in the 80’s. He retired in 1994 and began coaching the Selangor team. Recently, he became the goalkeeping coach for MyTeam FC.

Back then, he says, football was a good career as footballers were much sought after.

“Football guaranteed a job in those days. Most of the football players got a job because in those days, banks and companies were always going for footballers,” he says.

Now both his sons are also goalkeepers for MyTeam FC. Rashid discovered Faizal’s talent for goalkeeping while he was playing for the Selangor Football Academy at the age of 15. Later, he played for Selangor and a year ago, he was selected as the main goalkeeper for MyTeam.

Fariq, meanwhile, got a late start. It was only after completing his SPM exams that he began taking the game seriously. He was however quickly chosen to play for the Selangor Under-19 team. He also recentlyrepresented the national team in the Champions Youth Cup.

Why goalkeeping?

“He (Faizal) asked me which is the best position to play? I told him that the best position is the goalkeeper because there’s not much competition. And for Fariq, I remember the school teacher asked him to become a goal keeper because his father was a goalkeeper.”

The admiration his sons have for him is evident every time he speaks but there is also a certain amount of competition between them.  

“The younger one wants to outdo the older one. I believe he (Faizal) also wants to be better than his father. They don’t want to ‘tumpang populariti’ with the father’.  

For Rashid, his proudest moment was playing for the national team. He vividly recalls wearing the Malaysian jersey and standing in attention, listening to the national anthem being played. Lifting the winning cup is, of course, one of his proudest moments. 

One look and it's obvious that Rashid and his sons take great care over their appearance. The boys are clean cut and believe that looking sharp on the field will ensure that they are taken seriously.  
“It’s good to look good together,” says Faizal.

Rashid adds that keeping in good physical shape helps boost one’s confidence. According to him, maintaining a clean-cut look and keeping in shape is a plus and is a reflection of the kind of person you are.  

“My boys ask me why I’m doing sit ups? I say I must look good during the photo shoot before the veterans game begins. At least I won’t show a tummy!” 

Asked about their favourite sporting personalities and Rashid and Faizal both reply Roger Federer. They believe him to be “a man of excellence”. He has to hold his own on the court, they say, unlike football where there are eleven men on the field.  

Fariq's choice, however, is Thierry Henry because of his skills and his personality. Fariq admits to being a true Manchester United fan together with his brother and father and they are pretty bias against Arsenal.  
“Last time Henry was in Arsenal, so I didn’t quite support him because I don’t like Arsenal. Now he is in Barcelona, so it’s okay,”

-The Star, 18 November 2007

 

 

Teams like Selangor, Perak, Terengganu and even the newly promoted UPB MyTeam have made extensive changes to their squad in the hope of dethroning Kedah. 
UPB MyTeam will only make their Super League debut on Wednesday

-excerpts from Kedah Eye Their Fourth Title of the Year In Curtain Raiser, The Star 18 November 2007

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY - 17 NOVEMBER

UPB-MyTEAM
In a nutshell: To them, money can buy success and that is why they have lured national Under-23 players, Norshahrul Id lan Talaha, Azamuddin Akil and Syed Ad ney Syed Hussain to blend with Juzaili Samion, Irwan Fadzli Idrus as well as skipper Kaironnisam Sahabuddin Hussain.

Most important player: Despite a disastrous performance for the national team in the Asian Cup, Kaironnisam is indispensable.

Be on the lookout for: Terengganu-born Norshahrul Idlan, who was at one time the MVP in the Nike Cup when he was merely 14.

The boss: Bojan Hodak used to coach little league soccer but the Super League is a different proposition altogether.

Mailsport’s prediction: Bottom three.

-excerpts from Will Canaries Fly High Again, Malay Mail 17 November 2007

 

 

Jelasnya, ramai tidak menyedari Liga Super musim ini akan menampilkan dua pasukan baru iaitu Polis dan UPB-MyTeam yang disifatkannya mampu mendatangkan cabaran buat pasukan lain.

“UPB-MyTeam dan Polis adalah pasukan baru yang berbelanja besar, kita tidak boleh memandang rendah mereka, Selangor juga sudah mengambil tiga pemain import baru.

-excerpts from Rahman Mahu Musnah ‘Imej Besar’ Kedah, Berita Harian 17 November 2007

 

 

 

WHAT THE PAPERS SAY -16 NOVEMBER

Justeru, berpegang kepada pengalaman itu, ada kemungkinan pendatang baru Liga Super, UPB MyTeam dan Polis melakukan kejutan.

-excerpts from Peluang Seimbang, Harian Metro 16 November 2007